Tidak putus asa, suami isteri pilih berniaga di jalanan - Utusan Malaysia

Tidak putus asa, suami isteri pilih berniaga di jalanan

NOR Shaheela Md Dolly bersama suaminya Shahrul Hafiz ketika ditemui di gerai jualan mereka di Nilai Impian, Nilai, Seremban.-UTUSAN/NUR SHARIEZA ISMAIL.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Tidak mahu berputus asa selain demi menampung perbelanjaan seharian, pasangan suami isteri dari Nilai di sini beralih menjalankan perniagaan daripada sebagai pembekal pakaian ‘bundle’ (pakaian terpakai) kepada perniagaan menjual pastri hanya di tepi jalan.

Berkongsi kisah, Nor Shaheela Md Dolly, 40, mengakui perniagaan yang dinamakannya sebagai Croffle Bawah Pokok itu adalah untuknya dan suami berusaha bagi menampung kehidupan.

“Sebelum ini saya dan suami, Shahrul Hafiz Othman, 40, mengusahakan perniagaan pakaian bundle di Nilai 7 dan telah beroperasi selama 13 tahun.

“Selepas tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) lalu, jualan tidak begitu memberangsangkan dan saya terfikir untuk beralih ke satu perniagaan lain,” katanya ketika ditemui di Nilai Impian, Nilai di sini.

Katanya lagi, dia mengambil insipirasi gerai jalanan selain kecederungannya mencuba pelbagai makanan untuknya memulakan perniagaannya itu sejak lima bulan lalu

“Kami menyediakan pelbagai jenis perisa croffle (croissant bersama waffle) dengan menjaga kualitinya selain dijual pada harga berpatutan. Inti di dalam croissant yang saya jual juga menggunapakai resipi saya sendiri.

“Alhamdulillah sejak berniaga di jalanan ini, sambutan diterima amat baik sekali malah croffle dan croissant yang dijual juga dijadikan snek bagi mereka yang baru pulang dari tempat kerja,” katanya lagi.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya