Tidak perlu bimbang lagi makan kupang Port Dickson

Tidak perlu bimbang lagi makan kupang Port Dickson

PENTERNAK kupang, Mohd. Hairel Mohd. Rashid mengeluarkan hasil ternakan kupangnya ketika ditemui di Kampung Telok, Pasir Panjang, Port Dickson baru-baru ini. – UTUSAN/MOHD. SHAHJEHAN MAAMIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PORT DICKSON: Penerimaan orang ramai terhadap pengeluaran kerang-kerangan termasuk kupang dari kawasan Pasir Panjang, Port Dickson kembali seperti biasa tanpa ada lagi rasa bimbang susulan kejadian kupang dari Kawasan itu yang dicemari biotoksin berbahaya pada bulan April lalu.

Pengarah Perikanan Negeri Sembilan, Kasim Tawe berkata, penjualan kupang di pasaran juga kembali normal dan harga yang dijual juga sama seperti sebelum kejadian pencemaran biotoksin tersebut.

“Kami juga ada lakukan promosi ‘Jom Makan Kupang Port Dickson’ baru-baru ini dan hasil maklumat daripada orang ramai, mereka tidak lagi khuatir untuk makan kupang termasuk kerang.

“Kami juga tidak menerima sebarang maklumat jika ada yang memboikot kupang dari Port Dickson dan kami tidak menerima maklumat jika ada penternak kupang yang masih lagi terjejas,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini semalam.

Sebelum ini akhbar ini melaporkan penternak-penternak di Pasir Panjang meminta kerajaan menerusi agensi berkaitan membantu mempromosikan semula kerang-kerangan khususnya kupang di daerah ini.

Menurut mereka, agensi berkaitan dapat menguar-uarkan semula kupang dan kerang di sini sudah selamat dimakan, kerana orang ramai masih bimbang untuk membeli kupang.

Pada 10 Ogos lalu Jabatan Perikanan Malaysia menarik balik larangan terhadap penuaian dan penjualan kerang-kerangan termasuk kupang di perairan Negeri Sembilan dan Melaka sebelum itu dikuatkuasakan.

Keputusan itu dibuat berikutan bacaan biotoksin terhadap sampel menunjukkan penurunan ke paras selamat iaitu di bawah 400 per bilion (ppb)

Pada 4 April lalu, Jabatan Perikanan Malaysia mengesahkan kupang di Port Dickson telah dicemari oleh biotoksin berbahaya dan tidak selamat dimakan selepas analisis yang dijalankan mendapati terdapat tiga alga berbahaya iaitu spesies Prorocentrum, Alexandrium dan Pseudonitzschia.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya