Tiada istiadat perkahwinan diraja babit Tengku Hassanal

Tiada istiadat perkahwinan diraja babit Tengku Hassanal – Istana Pahang

Istana Pahang mengesahkan hantaran dimuatnaik pemilik akaun Farida.1111111 adalah palsu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Istana Pahang menafikan satu satu hantaran berkenaan perkahwinan diraja melibatkan Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah yang dimuat naik seorang pengguna media sosial sejak 24 September lalu.

Menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan dalam laman Facebok Kesultanan Pahang memaklumkan, hantaran yang dimuatnaik pemilik akaun Farida.1111111 itu dikesan sebagai palsu dan berbentuk fitnah.

Hantaran yang dimuatnaik individu tersebut memaparkan imej satu kertas yang tertulis ‘Istiadat Perkahwinan Diraja antara Tengku Hassanal dan Cik Farida Daud’.

Istana Pahang memberitahu, maklumat berkenaan adalah palsu dan tiada kaitan dengan Tengku Hassanal atau Istana Pahang.

Istana Pahang meminta orang ramai tidak mempercayai sebarang kenyataan yang dimuatnaik selain daripada portal rasmi Istana Pahang atau media sosial Kesultanan Pahang.

Istana Pahang turut memaklumkan tindakan tegas boleh diambil kepada individu tersebut atau mana-mana pihak yang dikesan membuat sebarang hantarayang berbaur fitnah atau mengganggu gugat keharmonian khususnya Istana Pahang. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN