Tiada aktiviti tebang, nyahwarta di hutan simpan Sungai Lembing

Tiada aktiviti tebang, nyahwarta di hutan simpan Sungai Lembing

Keadaan hutan di kawasan Hutan Sungai Lembing di Kuantan, Pahang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Tiada aktiviti pe­nebangan, penyahwartaan ka­wasan hutan simpan kekal (HSK) di Sungai Lembing di sini sebaliknya terdapat kerja-kerja pembangunan tanah bagi tujuan penanaman kelapa di atas tanah kerajaan.

Pengarah Jabatan Perhuta­nan Negeri Pahang (JPNP), Zainuddin Jamaluddin berkata, kawasan diusahakan di luar HSK di Sungai Lembing dan kerja pembangunan tanah di situ dikawal selia di bawah Pejabat Daerah dan Tanah (PDT) Kuantan.

“Kawasan itu tiada sebarang permohonan dan kelulusan membalak bagi tujuan mengambil hasil hutan. Rondaan mendapati tiada sebarang kerja-kerja berkaitan pengumpulan kayu dan cubaan mengeluarkan kayu dilakukan pemaju.

“Semasa semakan maklumat yang diperoleh daripada pihak kontraktor mereka menjalankan kerja-kerja pembersihan kawasan untuk tanaman kelapa,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini semalam.

Kelmarin, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Lembing, Mohamad Ayub Mat Ashri mempersoalkan tentang status kegiatan penebangan hutan yang didakwa sedang dilakukan di kawasan Hutan Su­ngai Lembing.

Mohamad Ayub dilaporkan sebagai berkata, pada 27 September lalu, beliau menerima surat edaran daripada Pasukan Gerakan Am (PGA) berhubung kegiatan tersebut.

Jelas ADUN Sungai Lem­bing itu, surat edaran tersebut antaranya menyatakan terdapat aktiviti penebangan dan pembersihan hutan yang dikhuatiri dilakukan tanpa kebenaran da­ripada pihak berkuasa berkaitan.

Akibat aktiviti itu, Mohamad Ayub mendakwa, selain masalah hakisan tanah, kegiatan penebangan hutan boleh menyebabkan banjir lumpur, kemusnahan habitat haiwan liar dan konflik antara manusia dan haiwan liar. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya