Terlupa tutup api dapur, dua rumah musnah terbakar - Utusan Malaysia

Terlupa tutup api dapur, dua rumah musnah terbakar

NURUL SYAHIRA Nasrudin dan Nurul Natasha Abdullah menunjukkan rumah sewa mereka musnah terbakar di Lorong Haji Yunos, Kampung Dalam, Pontian.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PONTIAN: Akibat terlupa menutup api dapur semasa  menjerang air, dua buah rumah di Lorong  Haji Yunos, Kampung Dalam di sini musnah dalam kebakaran pada pukul 2.15 petang tadi.

Menurut  mangsa, Nurul Syahira Nasrudin, 27, sebelum kejadian, dia memasak air tetapi terlupa untuk menutupnya sehingga air yang dimasak menjadi kering.

Ketika berada di bahagian depan rumah bersama-sama anaknya, anak saudaranya yang berada di dalam rumah  memberitahu ternampak api di bahagian dapur.

“Saya ingat orang sedang membakar sampah, tetapi melihat api di bahagian dapur lalu menjerit meminta tolong pemilik rumah yang disewanya itu yang terletak bersebelahan rumahnya. Hanya sebuah motosikal yang di hadapan rumah dapat diselamatkan, yang lain semua hangus terbakar,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.

Nurul Syahira berkata, ketika kejadian hanya dia dan anak lelakinya, Muhamad Qais Thaqef berusia setahun serta anak saudaranya, Nurul Natasha Abdullah, 18, berada di rumah.

“Suami, Muhamad Taufik Shamsudin, 30, sedang bekerja di Pasar Pontian,” katanya sambil memberitahu malam ini keluarganya akan menumpang sementara di rumah kakaknya tidak jauh dari rumah sewanya itu.

Sementara itu, pemilik rumah, Zainal Abidin Salleh, 60, memberitahu, ketika kejadian dia berada di dalam rumah dan terdengar Nurul Syahira  menjerit meminta tolong mengatakan rumah terbakar.

Lebih malang, kebakaran itu turut memusnahkan rumah pusaka berusia lebih 90 tahun peninggalan orang tuanya yang terletak bersebelahan.

“Tiada apa yang dapat diselamatkan, saya seperti penyewa juga tinggal sehelai sepinggang, mujur semua dapat menyelamatkan diri dengan cepat keluar dari rumah,” katanya.

Turut menziarahi mangsa ialah Pegawai Daerah Pontian, Kamaluddin Jamal dan Ketua Kampung Kawasan ( 2 ) Mukim Pontian, Ab. Rahman Mohyin. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya