Terima Kasih Perdana Menteri-MB Kelantan

Terima Kasih Perdana Menteri-MB Kelantan

ANWAR Ibrahim (kanan) bersalam dengan orang ramai semasa mengadakan lawatan ke Pasar Siti Khadijah, Kota Bharu, Kelantan semalam-UTUSAN/KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan menzahirkan terima kasih kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mengumumkan beberpa khabar gembira kepada rakyat negeri ini sempena lawatan kerja ke negeri ini sempena pengurniaan darjah kebesaran daripada Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V semalam.

Ucapan itu di zahirkan menerusi satu hantaran yang dimuat naik menerusi laman facebook rasminya malam tadi.

“Kerajaan Negeri Kelantan menyambut baik beberapa pengumuman yang dibuat oleh Perdana Menteri antaranya komitmen meneruskan pelaksanaan projek tebatan banjir, bekalan air bersih dan masalah bekalan air kepada pesawah.

“Selain itu, menampung kos projek Pusat Dialisis Yayasan Sultan Kelantan Darul Naim sebanyak RM8 juta dan RM5 juta untuk menambah baik Pasar Siti Khadijah, Kota Bharu turut menjadi sebahagian pengumuman dibuat oleh Perdana Menteri,” katanya.

Mohd. Nassuruddin memberitahu, Kerajaan Kelantan komited untuk terus mengamalkan budaya politik matang dan sejahtera serta sentiasa terbuka kepada kerjasama yang membawa manfaat kepada negeri ini tanpa mengira perbezaan politik, selagi ia tidak bertentang dengan prinsip ‘Membangun Bersama Islam’.

Katanya, semangat federalisme hendaklah sentiasa dijunjung tinggi dalam memastikan kebajikan rakyat terus diberi keutamaan.

“Ia merupakan kunci kepada pembangunan berterusan dan kesejahteraan rakyat,” ujarnya.

Utusan Online semalam melaporkan, Anwar mengumumkan peruntukan tambahan sebanyak RM5.5 juta untuk kerja-kerja baik pulih Pasar Besar Siti Khadijah.

Ahli Parlimen Tambun itu turut mengumumkan Kerajaan Persekutuan memperuntukkan RM8 juta bagi menampung kos membina dan menyiapkan sebuah Pusat Dialisis Yayasan Sultan Kelantan Darul Naim.

Pada masa sama, Anwar turut memberi jaminan masalah yang sedang dialami oleh pesawah Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) akan segera selesai apabila Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri telah bersetuju memberi kelulusan bersyarat.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya