‘Terima kasih hadir dalam hidup mama walaupun hanya untuk 20 tahun’ - Utusan Malaysia

‘Terima kasih hadir dalam hidup mama walaupun hanya untuk 20 tahun’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUNGAI BULOH: Ibu kepada penuntut Universiti Teknologi Mara (UiTM) Dungun, Ku Adib Aizad Ku Azmi yang maut dalam kemalangan malam semalam di sekitar universiti tersebut, menzahirkan kata-kata penghargaan atas kehadiran anaknya itu dalam hidupnya.

Hafizah Iszahanid, 48, memuat naik komen itu di Instagram kira-kira pada pukul 5 pagi waktu Malaysia.

“Mama sayang Adib hingga akhir hayat mama. Terima kash datang dalam hidup mama walaupun untuk 20 tahun.

“Adib mengajar mama menjadi seorang ibu  yang kuat dan mama reda untuk semuanya,” katanya.

Sementara itu, bekas guru Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Saujana Utama, Tanty Shahrom berkata, arwah sentiasa menyenangkan gurunya dalam pelbagai perkara.

“Walaupun arwah tidak banyak bercakap,  namun arwah seorang ringan tulang dan tidak pernah berkata tidak jika diminta untuk membantu,” katanya.

Ku Adib merupakan anak sulung daripada empat beradik meninggal dunia selepas dirempuh sebuah Honda CRV di Universiti Teknologi Mara (UiTM) pada jam 7.20 malam semalam.

Susulan kejadian itu, wanita dipercayai pesakit mental yang merempuh dua motosikal sehingga menyebabkan kematian tiga penuntut UiTM itu direman empat hari.

Perintah tahanan reman terhadap wanita berusia 49 tahun itu dikeluarkan Majistret Nur Amira Fatihah Osman, selepas menerima permohonan polis di Mahkamah Majistret Kuala Terengganu, di sini, hari ini.

Suspek yang memandu kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Honda CRV ketika kejadian disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya