Terbakar akibat langgar belakang

Terbakar akibat langgar belakang

Kereta dijilat api
PASUKAN penyelamat memadam kebakaran ketiga-tiga kereta yang terbakar selepas terlibat dalam kemalangan dekat Kilometer 4.4 NKVE berdekatan susur keluar Setia Alam di Shah Alam, Selangor, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Kemalangan yang berlaku petang tadi di Lebuhraya Lembah Klang Utara (NKVE) dikenal pasti berpunca daripada kegagalan kenderaan di lorong kanan berhenti sehingga melanggar belakang kereta hadapan.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd. Iqbal Ibrahim berkata, kejadian berlaku pada pukul 4.20 petang di Kilometer 4.8 arah Klang lebuh raya berkenaan.

Menurutnya kemalangan terbabit melibatkan kereta jenis Honda City, Audi, Proton Persona dan pacuan empat roda Ford Ranger masing-masing dipandu lelaki berusia 22 hingga 39 tahun termasuk seorang warga China.

“Siasatan awal mendapati kejadian berlaku semasa semua kenderaan sedang bergerak lurus di lorong paling kanan dan tidak sempat memberhentikan kenderaan apabila terdapat kesesakan di hadapan lalu mengakibatkan perlanggaran.

“Kemalangan itu mengakibatkan sebuah kereta jenis Proton Persona dipandu lelaki berusia 39 tahun mengalami kebakaran dan seterusnya merebak kepada sebuah kenderaan yang lain. Pihak bomba dari Balai Bomba Bukit Jelutong sampai di tempat kemalangan dan berjaya memadamkan kebakaran dalam tempoh 10 minit,” katanya kepada pemberita, hari ini.

Tambahnya, tiga pemandu mengalami kecederaan ringan dan dibawa oleh ambulans ke Hospital Shah Alam untuk menerima rawatan.

Jelas Mohd. Iqbal lagi, tiada penumpang lain dalam kejadian tersebut dan kes disiasat di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Dalam pada itu, beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kemalangan itu supaya membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu pejabat Polis Daerah Shah Alam, Inspektor Zaharizul Zamri di talian 019-3229097.

Terdahulu, kejadian tersebut tular dalam media sosial apabila menyebabkan kesesakan lebih dua kilometer dari kedua-dua arah terutama dari Shah Alam apabila insiden itu menghalang keseluruhan laluan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya