Tempoh 3 tahun sekolah rendah masa kuasai 3M

Tempoh 3 tahun sekolah rendah masa kuasai 3M

Dr. Anuar Ahmad
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kumpulan murid Tahun Satu yang belum menguasai 3M (membaca, menulis dan mengira) tidak boleh dianggap tercicir atau lemah dalam pelajaran kerana ia menyimpang dari dasar pendidikan negara.

Pakar pendidikan dari Pusat Kajian Kepelbagaian Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr Anuar Ahmad berkata, menerusi dokumen kurikulum standard sekolah rendah (KSSR) 2017 pula menetapkan tempoh tiga tahun iaitu Tahap Satu di sekolah rendah (Tahun Satu, Dua dan Tiga) adalah masa yang disediakan untuk murid menguasai 3M.

Menurut beliau, adalah tidak adil bagi murid Tahap Satu yang masih belum menguasai 3M dan diasingkan selepas disaring tiga bulan persekolahan dan ditempatkan melalui program pemulihan atau intervensi.

“Jika murid masuk sekolah Tahun Satu dan belum menguasai 3M itu normal, tempoh itu untuk mereka belajar.

“Jadi mengapa perlu mendesak mereka dengan melakukan intervensi dan istilah keciciran itu tak sepatutnya wujud untuk anak-anak masuk peringkat awal persekolahan kerana matlamat masuk Tahap Satu sekolah rendah itu adalah masa untuk mereka belajar kuasai 3M selama tiga tahun,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini semalam.

Isnin lalu, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memaklumkan seramai 122,062 murid Tahun Satu sesi persekolahan 2024/2025 dikenal pasti perlu mengikuti program intervensi bagi meningkatkan kemahiran 3M.

Jumlah itu mewakili 27.5 peratus daripada keseluruhan 448,113 murid Tahun Satu yang berdaftar di sekolah seliaan Kementerian Pendidikan (KPM) dengan seramai 62,928 daripada keseluruhan murid perlu mengikuti program intervensi belum menguasai literasi dan numerasi di tahap penguasaan minimum, iaitu Tahap Penguasaan 1.

Program intervensi ini dijalankan selama tiga bulan mulai Ogos lalu selepas murid berkenaan menjalani proses saringan yang dibuat sebulan sebelumnya.

Menurut Dr. Anuar, antara faktor lain murid-murid Tahun Satu belum dapat menguasai 3M pada peringkat awal adalah kerana sebahagian besar tidak hadir ke prasekolah.

Bagaimanapun, katanya, ia tidak boleh dijadikan alasan untuk menganggap murid-murid ini wajib menguasai 3M sebelum masuk sekolah rendah kerana sistem pendidikan negara tidak mewajibkan pembelajaran prasekolah. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya