Tekad Vignesshwaran ubah nasib keluarga

Tekad Vignesshwaran ubah nasib keluarga

VIGNESSHWARAN Balakrishnan dibantu ibunya, Malarkodi Ambikapathi mengemas baju dan barangan lain semasa mendaftar masuk ke asrama di kolej kediaman Tuanku Tengku Fauziah, Kampus Alam Unimap, Pauh Putra, Perlis semalam. - UTUSAN/IZLIZAN OTHMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ARAU: Peluang menyambung pelajaran di menara gading akan digunakan sebaiknya untuk mengubah nasib keluarga. Itu tekad seorang pelajar yang mempunyai masalah pendengaran, Vignesshwaran Balakrishnan,23, saat menjejak kaki mendaftar masuk ke Universiti Malaysia Perlis (Unimap) di sini semalam.

Kekurangan di dalam diri tidak akan dijadikan alasan untuk anak sulung dari dua beradik itu tidak mampu berjaya seperti rakan-rakan lain yang lebih sempurna.

Vignesshwaran yang menyambung pengajian di peringkat sarjana muda kejuruteraan elektronik itu antara 2,059 pelajar baharu Sarjana Muda yang mendaftar di Unimap.

Katanya yang berasal dari Perak, dia datang bersama ibu dan sepupunya kerana bapa sudah meninggal dunia sejak dua tahun lalu.

Ujarnya, dia menggunakan alat bantuan pendengaran bagi memudahkan urusan seharian dan berazam belajar bersungguh-sungguh mencapai cita-cita dalam bidang ini.

“Saya ingin membela nasib keluarga pada masa hadapan memandangkan ibu saya hanya bekerja sebagai jururawat untuk menyara saya dan seorang lagi adik perempuan,” katanya.

Sementara itu, tidak mahu menyusahkan keluarga, mendorong seorang pelajar sanggup menempuh perjalanan seorang diri sejauh lebih 100 kilometer menunggang motosikal dari Sungai Petani, Kedah untuk mendaftar masuk ke Unimap.

Muhammad Firdaus Mohd Sobri ,23, nekad menunggang motosikal seorang diri bersama muatan barangan peribadi kerana tidak mahu menyusahkan ahli keluarganya serta dalam masa sama memaklumkan ibu bapanya yang juga merupakan pesara kerajaan mempunyai urusan yang tidak dapat dielakkan.

“Saya suka menunggang motosikal jika mahu ke mana-mana jadi untuk mendaftar di Unimap ini pun saya sanggup asalkan tidak menyusahkan keluarga. Lagipun Ibu bapa saya mempunyai urusan yang tidak dapat dielakkan, jadi saya mengambil keputusan untuk datang sendiri untuk mendaftar di Unimap ini.

“Saya menamatkan pengajian diploma di Politeknik Kulim pada 2022 dan terus bekerja untuk menimba pengalaman selama dua tahun.

“Saya mengambil keputusan untuk berhenti kerja dan menerima tawaran Unimap dalam bidang kejuteraan awam pembinaan bagi meningkatkan taraf pendidikan saya lebih,” kata anak keempat dari lima beradik itu.

Dalam pada itu, Naib Canselor Unimap, Prof. Datuk Dr. Zaliman Sauli turut menyambut ketibaan pelajar baharu bersama waris sempena pendaftaran tersebut. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya