Tarik sokongan keputusan sebulat suara, bukan keputusan Bung Moktar seorang - Suhaimi - Utusan Malaysia

Tarik sokongan keputusan sebulat suara, bukan keputusan Bung Moktar seorang – Suhaimi

SUHAIMI NASIR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: UMNO Sabah tampil memperbetulkan kenyataan Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Datuk Seri Hajiji Noor bahawa hanya Datuk Seri Bung Moktar Radin yang menarik sokongan daripada kerajaan negeri.

Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir berkata, keputusan menarik sokongan daripada kerajaan negeri pada Januari 2023 adalah keputusan sebulat suara oleh pimpinan UMNO Sabah.

Tindakan menarik sokongan bukan hanya diputuskan oleh seorang individu sebaliknya ia keputusan yang mengambil kira pandangan pimpinan UMNO Sabah yang lain.

Beliau berkata, kenyataan Pengerusi GRS itu amat mengelirukan dan boleh memberikan persepsi negatif dalam kalangan ahli-ahli UMNO di Sabah.

“Jadi, UMNO Sabah tampil mempebetulkan kenyataan Hajiji yang menyatakan hanya Bung yang menarik sokongan kepada kerajaan GRS. Fakta sebenarnya adalah keputusan tersebut dibuat sebulat suara oleh kepimpinan UMNO Sabah,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, pemimpin UMNO yang menganggotai Kabinet negeri diletakkan dalam kementerian yang tidak begitu penting dan mempunyai kuasa yang terhad.

Semalam, Hajiji menyatakan senario politik di Sabah agak unik. Biarpun Pengerusi BN Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin menarik sokongan daripada kerajaan namun, sebahagian pemimpin UMNO/BN masih berada dalam kerajaan sebagai menteri dan pembantu menteri.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya