Talian HEAL 15555 terima 336 panggilan berkaitan bunuh diri sejak 2022 - Utusan Malaysia

Talian HEAL 15555 terima 336 panggilan berkaitan bunuh diri sejak 2022

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad ketika merasmikan Hari Kesihatan Mental Sedunia Peringkat Kebangsaan 2024 di Putrajaya di sini, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Talian Bantuan Krisis Kesihatan Mental atau Talian HEAL 15555 menerima 366 panggilan berkaitan tingkah laku bunuh diri sejak ia dilancarkan pada 2022 hingga September lalu.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, jumlah itu diterima daripada keseluruhan 59,860 panggilan bagi tempoh sama.

Beliau berkata, sebanyak 198 daripada 366 panggilan itu melibatkan idea bunuh diri manakala 138 panggilan lagi adalah cubaan bunuh diri.

“Kita dapati yang (panggilan) idea untuk membunuh diri ini iaitu 198 kes, dia memang menghitung-hitung itu (untuk membunuh diri).

“Ini kita perlu intervensi segera dan kenal pasti (isu) supaya kita dapat mengelakkan mereka daripada melakukan itu (bunuh diri),” katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan sambutan Hari Kesihatan Mental Sedunia 2024 Peringkat Kebangsaan, di sini hari ini.

Talian HEAL 15555 iaitu talian bantuan krisis pertama dikendalikan sepenuhnya pegawai psikologi (kaunseling) mula beroperasi pada 21 Oktober 2022 bagi membantu individu yang menghadapi masalah kesihatan mental mendapatkan bantuan awal.

Talian yang beroperasi bermula 8 pagi hingga 12 tengah malam setiap hari termasuk cuti umum itu adalah antara inisiatif dilaksanakan bagi mencegah tingkah laku bunuh diri di Malaysia.

Sementara itu, Dr. Dzulkefly berkata, daripada jumlah panggilan yang diterima talian itu, sejumlah 35,590 (59 peratus) klien menerima bantuan sokongan dan emosi, manakala 24,270 (41 peratus) klien diberikan intervensi khusus.

“Sebab itu sangat mustahak pengurus tertinggi organisasi dan tempat kerja sama ada pengarahnya dan (pengurus) yang lain supaya mewujudkan suasana empati dan suasana kerja yang adil.

“Walaupun pimpinan mahu semuanya bekerja dengan hebat dan baik tetapi kita juga mesti tahu bahawa sebaik-baiknya adalah apabila kita dapat sokongan dan kerjasama daripada anak buah kita ketika mereka seronok untuk menjayakan apa yang dikatakan sebagai visi dan cita-cita organisasi, pemimpin mereka,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya