Taktik sorok lebih 5,000 unit rokok elektronik seludup dalam van terbongkar

Taktik sorok lebih 5,000 unit rokok elektronik dalam van terbongkar

SEBAHAGIAN rokok seludup yang dirampas PGA dalam serbuan di Kampung Bendang Pak Yong, Tumpat, Kelantan semalam-IHSAN PGA.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TUMPAT: Taktik penyeludup menyorok lebih 5,000 unit rokok elektronik dalam sebuah van yang ditinggalkan di Kampung Bendang Pak Yong di sini terbongkar selepas diserbu sepasukan anggota Batalion 9 Pasukan Gerakan Am (PGA) Kuala Terengganu semalam.

Serbuan pukul 1 tengah hari itu dilakukan oleh sepasukan anggota selepas melihat sebuah van yang berada dalam keadaan mencurigakan di belakang sebuah rumah tidak bernombor semasa melakukan rondaan rutin Op Taring Wawasan Kelantan.

Komander Briged Tenggara, Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab. Hamid, berkata, hasil pemeriksaan yang dilakukan membawa kepada penemuan lebih 5,000 unit rokok elektronik di dalam beberapa buah kotak.

Menurutnya, nilai rampasan keseluruhan dianggarkan bernilai RM 525,000 dan kes disiasat di bawah Seksyen 29(1) Akta Kesalahan Kecil 1955. 

“PGA tidak menolak kemungkinan rokok elektronik ini diseludup masuk untuk pasaran tempatan.

“Kesemua hasil rampasan diserahkan ke kompeni taktika (Komtak) Pengkalan Kubor untuk tindakan selanjutnya,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Ujarnya, Pasukan Gerakan Am akan terus mempergiatkan usaha bagi mengekang kegiatan penyeludupan dari terus berleluasa di sempadan negara.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya