Taktik samaran tumpas seleweng barangan bersubsidi - Utusan Malaysia

Taktik samaran tumpas seleweng barangan bersubsidi

PEGAWAI penguat kuasa KPDN memeriksa barang kawalan yang dijual tanpa permit yang sah di sebuah rumah di Jalan Kobusak, Kota Kinabalu semalam
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Taktik menyamar sebagai pelanggan membolehkan pegawai penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) menumpaskan aktiviti penyelewengan barang kawalan di sebuah rumah teres di Jalan Kobusak, di sini semalam.

Pengarah KPDN Sabah, Georgie Abas berkata, melalui taktik penyamaran itu, pegawai penguat kuasa telah diarahkan oleh peniaga untuk datang ke alamat yang diberikan melalui aplikasi Whatsapp.

Melalui Op Tiris itu, KPDN Sabah merampas 8,177 kilogram (kg) minyak masak peket bersubsidi serta 48kg gula pasir kasar di sebuah rumah di Jalan Kobusak, kira-kira pukul 7 petang.

Turut ditahan seorang penjaga premis warga tempatan berusia 27 tahun dan anggaran nilai barangan disita berjumlah RM 20,579.30.

“Serbuan itu dilakukan hasil daripada maklumat awam mengenai aktiviti penjualan minyak bersubsidi dan gula pasir kasar dengan kuantiti yang banyak pada harga tidak munasabah,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, serbuan dilakukan serta-merta semasa transaksi jual beli berlaku. Hasil pemeriksaan lanjut menemukan minyak masak peket satu bersubsidi pelbagai jenama dan gula pasir kasar yang di simpan di kawasan kaki lima serta ruang tamu rumah berkenaan.

Kata beliau, pemeriksaan lanjut menemukan sebanyak 8,177kg minyak masak peket pelbagai jenama dan gula pasir kasar satu kilogram sebanyak 48kg.

“Kesemua minyak masak peket dan gula pasir kasar seterusnya disita bagi tujuan siasatan lanjut. Penjaga premis juga gagal menunjukkan sebarang dokumen atau kebenaran daripada KPDN untuk membeli dan menyimpan minyak masak peket dan gula pasir kasar,” katanya.

Georgie berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961 kerana memiliki barang kawalan iaitu minyak masak dan gula pasir kasar tanpa dokumen atau permit yang sah.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya