PASIR PUTEH: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Kelantan sebuah kapal yang dinaiki empat nelayan asing Vietnam dan merampas satu tan hasil laut pada jarak 177 kilometer dari Kuala Tok Bali, di sini Khamis lalu.
Kapal itu berjaya ditahan pada pukul 11.03 pagi selepas dikejar selama 14 minit oleh Maritim Malaysia Kelantan menerusi Op Damai, Op Naga Barat dan Op Tiris.
Pengarahnya, Kepten Maritim Erwan Shah Soahdi berkata, hasil pemeriksaan yang dijalankan membawa kepada rampasan satu tan hasil iaitu ikan.
“Kesemua empat yang ditahan termasuk tekong berumur masing-masing antara 48 hingga 66 tahun.
“Selain itu, Maritim Malaysia Kelantan turut merampas minyak diesel sebanyak 200 liter, peralatan navigasi dan komunikasi yang dianggarkan berjumlah lebih RM1.5 juta,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Erwan Shah memberitahu, kesemua suspek disyaki menangkap ikan secara haram di perairan negara tanpa sebarang dokumen yang sah.
Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 15 (1) (a) Akta Perikanan 1958 dan Seksyen 6 (1) (c) Akta Imigresen 1959/1963.-UTUSAN