Tabib Adam difatwakan sesat pada 12 September

Tabib Adam difatwakan sesat pada 12 September

TABIB Adam mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen, Ayer Keroh, Melaka atas pertuduhan membuat hantaran jelik mengaitkan JAIM dengan Dajal. - UTUSAN/SYAFEEQ AHMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Mufti Melaka, Datuk Abdul Halim Tawil memberi peringatan kepada masyarakat Islam khususnya di negeri ini agar tidak mendapatkan khidmat Perubatan Islam Jarak Jauh Tabib Adam kerana ia telah difatwakan sesat pada 12 September lalu.

Abdul Halim menjelaskan, kaedah digunakan Tabib Adam atau nama sebenarnya Adam M. Isa yang mempunyai pusat rawatan di Masjid Tanah di sini, disahkan bercanggah dengan hukum syarak.

Katanya, Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) telah diarah mengambil tindakan berdasarkan fatwa yang diwartakan baru-baru ini, berikutan individu itu masih giat mempromosikan perkhidmatannya melalui platform media sosial.

“Kepada pesakit-pesakit ataupun yang mendapat khidmat perubatan kadang-kadang tertipu dan terpedaya, saya minta berhati-hati kerana saya dimaklumkan ada elemen-elemen yang bersifat seperti pengeras, duit.

“Ada juga aduan-aduan yang menyebabkan keraguan di dalam amalan-amalannya, wirid-wiridnya. 

“Perkara-perkara yang kadang-kadang tidak masuk di akal termasuk bacaan-bacaannya dan kita khuatir ada elemen-elemen mistik,” katanya ketika ditemui pada Seminar Pendidikan Fatwa Kontemporari di Ayer Keroh di sini, hari ini.

ABDUL HALIM Tawil berucap pada Seminar Pendidikan Fatwa Kontemporari di Ayer Keroh, Melaka. – UTUSAN/HADI AB. MANAP

Pada Jun 2023, Utusan Malaysia melaporkan, Tabib Adam yang turut popular dengan gelaran ‘pakar buang saka’ mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen atas pertuduhan membuat hantaran jelik mengaitkan JAIM dengan Dajal.

Berdasarkan kertas pertuduhan, tertuduh secara sedar telah menggunakan akaun YouTube miliknya, Tabib Adam M. Isa membuat hantaran yang bersifat jelik dengan menggunakan perkataan Dajal. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN