Syed Hussien angkat sumpah sebagai ADUN Mahkota - Utusan Malaysia

Syed Hussien angkat sumpah sebagai ADUN Mahkota

SYED HUSSIEN Syed Abdullah mengangkat sumpah sebagai ADUN Mahkota pada Sidang DUN Johor di Kota Iskandar.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ISKANDAR PUTERI:  Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mahkota, Syed Hussien Syed Abdullah yang baru memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK), Sabtu lalu mengangkat sumpah jawatan, hari ini.

Beliau mengangkat sumpah jawatan di hadapan Speaker DUN, Datuk Dr. Mohd. Puad Zarkashi sidang DUN Johor di Kota Iskandar, di sini.

Dalam PRK DUN Mahkota, Sabtu lalu, Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kluang itu menewaskan calon Perikatan Nasional (PN) Mohamad Haizan Jaafar dengan meraih 27,995 undi berbanding 7,347 undi.

“Saya bersumpah akan memelihara dan memperkasakan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Johor,” katanya.

Sementara itu, Mohd. Puad mewakili DUN Johor mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarhamah Datuk Sharifah Azizah Syed Zain, 63.

“Semoga roh beliau ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman,” katanya.

Dalam pada masa sama, Mohd. Puad turut mengucapkan tahniah kepada ADUN Puteri Wangsa, Amira Aisya Abdul Aziz kerana telah melangsungkan perkahwinan pada 20 September lalu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya