Syarikat China dakwa rugi RM2.6 juta terpedaya AP eksport Musang King - Utusan Malaysia

Syarikat China dakwa rugi RM2.6 juta terpedaya AP eksport Musang King

Foto: Hiasan
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Seorang pengurus sebuah syarikat luar negara mendakwa pihaknya mengalami kerugian RM2.6 juta apabila terpedaya dalam urusniaga melibatkan import eksport durian Musang King.

Ketua Polis Johor, Datuk M. Kumar berkata, lelaki warganegara China itu memberitahu, suspek juga merupakan seorang lelaki negara terbabit, tetapi akaun bank yang digunakan berdaftar di negara ini.

“Pengadu memberitahu suspek telah meyakinkannya bahawa dia boleh mendapatkan permit import (AP) sebuah syarikat buah-buahan di Malaysia untuk mengeksport durian Musang King ke Malaysia.

“Setelah pengadu bertemu dengan suspek di China, mereka bersetuju membeli 3,840 karton Musang King sejuk beku bernilai RM2.6 juta dengan transaksi dibuat pada 5 Julai lalu,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Namun, pengadu mula menyedari ditipu apabila barangan yang dijanjikan dalam tempoh sebulan masih tidak tiba hingga kini, manakala suspek gagal dihubungi.

“Pengadu kemudian telah meminta rakannya di Malaysia untuk mencari syarikat tempatan yang didakwa boleh memberikan AP bagi mengeksport buah tersebut, namun syarikat terbabit menafikan pernah berurusan dengan suspek.

“Pengadu kemudian datang ke Malaysia untuk membuat laporan polis berhubung kejadian tersebut,” katanya sambil memberitahu kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan menasihati orang ramai supaya lebih berhati-hati berurusan dengan individu yang tidak dikenali. –  UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya