KUALA PILAH: Lelaki pemegang kad orang kurang upaya (OKU) mental yang dipercayai menikam bapanya dalam kejadian di Kampung Senaling, di sini semalam sempat membeli pisau lipat di sebuah kedai serbaneka sebelum dia jatuh di atas jalan.
Peniaga kedai buah, Lee Kien Huei, 40, berkata, dia sudah mendapat hebahan mengenai suspek dari polis dan sebaik terlihat suspek tidak jauh dari kedainya, dia segera memaklumkan kepada polis.
Menurutnya, dia juga sudah menyimpan semua jenis pisau yang berada di kedainya sebelum didatangi suspek dan suspek kemudiannya memberitahu mahu membeli pisau.
“Saya memang kenal bapanya sebab selalu beli barang di kedai. Bapanya saya kenal sebagai Cikgu Amat juga pernah memberitahu ada anak sakit mental.
“Apabila dia datang, saya nampak ada tidak kena, mulutnya berdarah. Dia nak beli pisau, saya kata tidak jual dan dia pergi kedai sebelah.
“Selepas keluar dari kedai sebelah, dia terus jatuh, saya ingat kena sawan sebab mulut berbuih dan polis pun sampai,” katanya ketika ditemui di Pekan Senaling, di sini, semalam.
Seorang pesara guru maut dipercayai ditikam senjata tajam oleh anak lelakinya yang merupakan pemegang kad OKU mental dalam kejadian di Kampung Senaling petang kelmarin.
Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintenden Amran Mohd. Ghani berkata, selepas menikam mangsa, suspek elarikan diri menggunakan kereta dan ditemukan di tepi dalam keadaan terbaring dengan mulut berbuih.
Hasil pemeriksaan pegawai perubatan mendapati suspek dipercayai minum bahan peluntur.