Sumbangan rakit kecemasan banjir undang sebak penduduk

Sumbangan rakit kecemasan banjir undang sebak penduduk

LUA Kheng Luan (dua kiri) bersama penerima rakit kecemasan dari Kampung Tersang, Rantau Panjang, Kelantan. – UTUSAN/ROHANA ISMAIL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RANTAU PANJANG: Sumbangan 30 unit rakit kecemasan oleh Kelantan Disaster Relief Network (KDRN) dengan kerjasama Crisis Relief Services and Trai­ning (CREST) mengundang sebak da­lam kalangan penduduk di empat buah kampung sini yang saban tahun berdepan banjir.

Empat kampung terlibat itu ialah Tersang, Kusar Dalam, Serongga dan Teluk Bakong.

Seorang penduduk di Kampung Kusar Dalam, Rozi Daud, 55, meluahkan rasa syukur men­jadi salah seorang penerima bantuan dan menyifatkan ia mampu menyelamatkan dia dari terus berdepan kerugian.

Menurutnya, rumah rakit akan dijadikan tempat penyimpanan barangan elektrik seperti peti ais, mesin basuh, televisyen daripada rosak ditenggelami banjir.

“Jika banjir menenggelamkan bumbung rumah, kami tidak perlu risau kerana bara­ngan akan selamat di atas rumah rakit.

“Sebelum ini kami (pendu­duk) hanya membuat rak sahaja dan tidak mampu membina rumah rakit begini kerana kosnya terlalu mahal,” katanya ditemui pemberita di Kampung Tersang, di sini semalam.

Seorang lagi penduduk Rubilasuladawiyah Yusof, 39, memberitahu, dengan adanya rumah rakit itu dia tidak perlu bimbang soal keselamatan barangan.

Katanya, dia kini sudah bersiap sedia untuk menghadapi banjir yang akan melanda tidak lama lagi.

“Pemberian rakit kecemasan ini tepat masanya memandang­kan banjir semakin hampir,” ujarnya.

Sementara itu Setiausaha KD­RN, Lua Kheng Luan berkata, pemberian rakit dilakukan menerusi Program Pengurangan Risiko Bencana bertujuan membantu kira-kira 300 keluarga di empat kampung terbabit.

Katanya, sebanyak sembilan unit diserahkan kepada pendu­duk di Kampung Tersang dan masing-masing tujuh unit di Serongga, Kusar Dalam dan Teluk Bakong. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya