Sukar ramal kejadian banjir di KL

Sukar ramal kejadian banjir di KL

PANDANGAN dari atas Bangunan DBKL, air naik dan banjir kilat di Bank Rakyat, Kuala Lumpur baru-baru ini
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Cuaca Malaysia yang tidak menentu menyebabkan sukar untuk mengetahui sama ada ibu negara bakal dilanda banjir sekali lagi atau tidak.

Pakar Meteorologi Universiti Malaya, Prof. Datuk Dr. Azizan Abu Samah berkata, ini kerana ibu negara dibangunkan di kawasan dataran banjir.

“Risiko banjir itu ada kerana ibu negara dibangunkan di kawasan dataran banjir yang sememangnya terdedah dengan bencana alam.

“Kejadian banjir yang berlaku Selasa lalu boleh berlaku lagi jika hujan lebat,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia.

Sementara itu, beliau berkata, isu penyimpanan air sebagai persediaan menghadapi kemarau pula penting apabila sungai besar di semenanjung dilengkapi dengan empangan untuk tujuan penyimpanan air serta kawalan banjir.

“Membina empangan adalah satu projek mega dan perlu dirancang dengan teliti kerana ia ambil masa dua kelima tahun untuk dilaksanakan dan kosnya tinggi.

“Lebih murah kalau kita dapat jimatkan penggunaan air dan turunkan penggunaan daripada ‘260 liter/hari/orang’ kepada 150 liter/hari/orang’,” katanya.

Sementara itu, Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) berkata, setiap agensi pengurusan bencana perlu mengambil langkah jelas seperti yang terkandung dalam Arahan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) No. 1 yang baru dilancarkan awal bulan ini menggantikan Arahan Majlis Keselamatan Negara 20 (MKN 20).

“Orang awam perlu sentiasa peka dengan amaran cuaca METMalaysia dan kawasan sekeliling bagi mengelakkan daripada menjadi mangsa keadaan kehadiran cuaca buruk,” katanya.

Kata jabatan itu, keadaan banjir bukan sahaja boleh berlaku di ibu negara tetapi semua negeri kerana Malaysia kini dalam fasa menuju musim tengkujuh. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya