Sudah 10 tahun bersara tetapi masih pakai uniform Pos Malaysia

Sudah 10 tahun bersara tetapi masih pakai uniform Pos Malaysia

MOHAMAD Rosly Ismail menunjukkan uniform Pos Malaysia yang masih disimpan di Taman Selinsing, Kampung Mela di Lipis, Pahang. – UTUSAN/HARIS FADILAH AHMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LIPIS: Seorang pesara Pos Malaysia di Kampung Mela di sini masih memakai uniform Pos Malaysia ketika keluar rumah walaupun sudah 10 tahun bersara sebagai posmen.

Mohamad Rosly Ismail, 65, berkata, dia kerap memakai uniform Pos Malaysia ketika keluar ke Pekan Sehari Kampung Mela, berjalan di sekitar kampung dan pergi ke kebun sawit bagi mengembalikan nostalgia ketika berkhidmat dengan agensi berkenaan.

“Tugas sebagai posmen sudah begitu sebati dalam kehidupan saya sehingga kadang-kadang ketika bangun tidur tanpa tidak sengaja saya mencapai uniform Pos Malaysia yang tergantung di bilik tidur untuk dipakai dan keluar bekerja, tetapi cepat menyedari saya sebenarnya sudah bersara.

“Pada mulanya orang kampung yang tahu saya sudah bersara memandang jengkel ketika memakai uniform berjalan di pekan sehari dan menunggang motosikal ke kebun, tetapi lama-kelamaan mereka tidak mempedulikan lagi malah memuji serta teruja ketika nampak saya mengenakan uniform ini,” kata­nya kepada Utusan Malaysia.

Mohamad Rosli yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Keselamatan Kampung (JPKK) Kampung Mela bercerita, dia mula bertugas di Jabatan Perkhidmatan Pos pada 2 Januari 1982 dengan memakai nombor 8856 dan beruniform kelabu di Pejabat Pos Jerantut.

“Seingat saya, kemudian uniform ini bertukar, iaitu baju coklat muda dan seluar coklat dan beberapa tahun kemudian bertukar lagi uniform warna biru dan terakhir uniform ala baju korporat warna merah, biru dan putih.

“Uniform berwarna kelabu sudah hilang ditelan arus banjir Sungai Jelai pada 2014, manakala yang lain masih dalam simpanan saya dan dijaga dengan baik sebagai kenang-kenangan,” katanya.

Bapa kepada empat orang anak dan mempunyai lapan orang cucu itu berkata, ketika mula bekerja dia cuma menerima gaji sebanyak RM295 sehingga RM495 dan setelah diswastakan pada 1991, dia memperoleh RM1,800 sebulan termasuk elaun serta kerja lebih masa.

“Saya bekerja sebagai posmen selama 33 tahun di tiga tempat, iaitu bandar Jerantut, Mini Pos Kuala Tembeling dan terakhir di Mini Pos Kampung Mela sebelum bersara pada 2015 dengan pencen bulanan di bawah Sistem Saraan Perkhidmatan Awam sebanyak RM300,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya