Suami isteri ‘bahagia’ berniaga Nasi Arab konsep but kereta

Suami isteri ‘bahagia’ berniaga Nasi Arab konsep but kereta

NOR Syafira Eshak dan Muhammad Fakrol Azim Kamaruddin berniaga Nasi Arab Mandy dari but kereta di Kampung Raja, Besut. – UTUSAN/WAN ZURATIKAH IFFAH WAN ZULKIFLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BESUT: Kegagalan sepasang suami isteri dalam perniagaan kedai makan tidak mematahkan semangat apabila mereka bangkit semula dan gembira berniaga Nasi Arab Mandy berkonsepkan but kereta.

Nor Syafira Eshak, 28, yang tinggal di Kampung Alor Lintah di sini berkata, dia dan suaminya, Muhammad Fakrol Azim Kamarudin, 29, terpaksa menutup kedai makan milik mereka pada Ogos lalu setelah mengalami masalah kewangan.

“Sebelum ini, kami mempunyai kedai makan dan jualan secara but kereta hanya secara sambilan.

Namun, apabila kedai yang diusahakan dua tahun lalu ditutup, kami terpaksa fokus berniaga Nasi Arab Mandy melalui but kereta bagi menampung per­belanjaan harian.

“Alhamdulillah meskipun kami diuji dengan masalah kewangan tetapi kami suami isteri masih boleh meneruskan perniagaan walaupun secara kecil-kecilan. Kami menggunakan duit simpanan untuk pertahankan perniagaan dan hingga kini kami bahagia berniaga cara ini,” katanya ketika ditemui di Kampung Raja di sini, semalam.

Katanya, dia tidak lagi perlu menanggung kos utiliti dan sewa kedai serta gaji pekerja apabila berniaga melalui but kereta.

Katanya, perniagaan baharu itu dapat membantu dia dan suami untuk bangkit membina kembali perniagaan secara perlahan-lahan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya