Suami berang pukul isteri mengandung didakwa, mengaku tak bersalah - Utusan Malaysia

Suami berang pukul isteri mengandung didakwa, mengaku tak bersalah

MOHD. HASRI Turaman didakwa di Mahkamah Majistret Batu Pahat atas memukul isterinya.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BATU PAHAT: Gara-gara hantaran dalam media sosial, seorang wanita dibelasah oleh suaminya walaupun sedang mengandung enam minggu sehingga terpaksa mendapatkan rawatan di Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI) di sini.

Susulan kejadian itu, lelaki tersebut yang bekerja sebagai juruteknik didakwa atas tuduhan memukul isterinya di Mahkamah Majistret , di sini hari ini. 

Walau bagaimanapun, Mohd. Hasri Turaman, 40, yang pernah mendapatkan rawatan psikiatri tujuh tahun lalu mengaku tidak bersalah terhadap tuduhan mencederakan isterinya di hadapan Majistret Suhail Shafi’uddin. 

Berdasarkan kertas pertuduhan, bapa kepada tiga orang anak itu didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap isterinya yang berusia 34 tahun di sebuah rumah di Taman Soga, di sini pukul 1 pagi  29 September lalu. 

Dia didakwa di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 326A kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara setahun atau denda hingga RM2,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Farah Wahidah Mohd. Sharip,  manakala tertuduh diwakili peguam bela, Anis Nur Atikah Abd. Rahman. 

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM3,000 dengan syarat tambahan dilarang mengganggu mangsa dan saksi pendakwaan sehingga kes selesai dan turut menetapkan 13 November depan sebagai tarikh sebutan semula kes.

Menurut laporan sebelum itu, mangsa meminta wang RM20 daripada tertuduh kerana mahu pulang ke rumah ibunya di Skudai, namun tidak diendahkan termasuk 20 pangilan kepada tertuduh tidak dijawab. 

Disebabkan kejadian itu, mangsa telah membuat hantaran dalam laman media sosial yang kemudian dibaca oleh tertuduh. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya