Status kerajaan noktah kemiskinan antara tumpuan Dewan Rakyat - Utusan Malaysia

Status kerajaan noktah kemiskinan antara tumpuan Dewan Rakyat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Usaha kerajaan dalam menoktahkan miskin tegar dan mekanisme yang digunakan bagi menentukan kategori berkenaan antara tumpuan sidang Dewan Dewan Rakyat hari ini.

Soalan tersebut akan dikemukakan Datuk Siti Zailah Mohd Yusoff (PN-Rantau Panjang) kepada Perdana Menteri pada sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri.

Menurut Aturan Urusan Mesyuarat di laman sesawang Parlimen, Datuk Mohd Shahar Abdullah (BN-Paya Besar) turut meminta Perdana Menteri menyatakan pelan tindakan di bawah agenda reformasi khusus buat syarikat berkaitan kerajaan (GLC), syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) dan agensi demi memastikan keseimbangan antara objektif korporat dan tanggungjawab sosioekonomi nasional tercapai tanpa menjejaskan daya maju, daya saing dan daya tahan ekonomi Malaysia.

Turut menarik perhatian, pertanyaan Lee Chuan How (PH-Ipoh Timor) pada sesi soal jawab yang meminta Menteri Pendidikan menjelaskan status terkini pemberian baucar buku seperti yang telah diumumkan dan berapa jumlah peruntukan yang telah disediakan.

Selain itu, Rodiyah Sapiee (GPS-Batang Sadong) mengemukakan soalan kepada Menteri Perladangan dan Komoditi mengenai langkah strategik untuk meningkatkan hasil komoditi sawit memandangkan pengeluaran semasa yang semakin menyusut dikhuatiri meletakkan industri sawit senasib dengan getah yang tidak lagi mampu menampung keperluan negara.

Usai sesi soal jawab, persidangan diteruskan dengan menyambung semula perbahasan peringkat dasar Rang Undang-Undang Perbekalan 2025, yang memasuki hari kedua hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya