SPRM rangkul Piala Emas Raja-Raja Edisi Ke-102

SPRM rangkul Piala Emas Raja-Raja Edisi Ke-102

MOHD. ALI Mohd. Rustam bersama barisan pemain ACeIO SPRM bersorak gembira selepas dinobatkan selaku juara PERR Edisi Ke-102 di Stadium Hang Jebat, Melaka. - UTUSAN/AMRAN MULUP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Buat pertama kali dalam sejarah kejohanan Piala Emas Raja-Raja (PERR) Edisi Ke-102 dimenangi pasukan beruniform ACeIO SPRM menewaskan Bomba FC 2-1 dalam perlawanan akhir di Stadium Hang Jebat di sini, sebentar tadi.

Penyerang ACeIO SPRM, Ahmad Basher Anas Samsuri muncul wira dengan menyumbang dua gol pada minit ke-63 dan sepakan penalti pada minit ke-81, manakala gol tunggal Bomba FC dijaringkan Muhammad Aidil Syazran Sukarmo pada minit ke-34.

Kemenangan itu membolehkan ACeIO SPRM menerima hadiah wang tunai RM50,000 manakala Bomba FC selaku naib juara membawa pulang RM30,000.

Penyampaian hadiah disempurnakan Yang Dipertua Negeri Melaka merangkap Penaung Persatuan Bola Sepak Melayu Malaysia (PBMM), Tun Mohd. Ali Mohd. Rustam dan turut dihadiri Presiden PBMM, Datuk Mohd. Firdaus Mohamed serta Presiden Persatuan Bola Sepak Melayu Melaka Baru, Datuk Mohd. Ridhwan Mohd. Ali.

Sebelum ini, ACeIO SPRM mara ke perlawanan akhir selepas menewaskan tuan rumah Melaka 3-2 menerusi penentuan sepakan penalti selepas terikat 1-1 manakala Bomba FC mengalahkan Kuala Lumpur 3-0 dalam penentuan sepakan penalti.

Kebuntuan jaringan gol memihak kepada Bomba FC apabila Muhammad Aidil Syazran meledakkan sepakan kencang pada minit ke-34.

Tersentak dengan gol berkenaan, anak didik jurulatih, Mohd. Khalid Shadan menggandakan asakan untuk mencari gol penyamaan, namun sukar menembusi benteng ampuh pertahanan lawan.

Pada minit ke-63, ACeIO SPRM berjaya mengikat kedudukan 1-1 hasil tandukan Ahmad Basher.

Gol terhasil daripada sepakan percuma dari sudut kanan luar kotak penalti sebelum Ahmad Basher melonjakkan diri menanduk masuk menewaskan penjaga gol Bomba FC, Aif Danish Saifudin.

ACeIO SPRM mendahului 2-1 apabila Ahmad Basher menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-81. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya