Skuad hoki remaja benam Great Britain 1-0 - Utusan Malaysia

Skuad hoki remaja benam Great Britain 1-0

PEMAIN Malaysia (kuning) dikejar pemain Great Britain pada perlawanan persahabatan menjelang Kejohanan Hoki Piala Sultan Johor 2024 di Stadium Hoki Johor, Taman Daya, Johor Bahru.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Pasukan remaja kebangsaan menamatkan aksi persahabatan Kejohanan Hoki Antarabangsa bawah 21 tahun Piala Sultan Johor (SOJC) 2024 dengan bergaya selepas menewaskan Great Britain 1-0.

Pasukan kendalian I. Vikneswaran hampir membuka jaringan pada seawal minit ketiga menerusi dua pukulan sudut penalti, namun pertahanan Great Britain melakukan tugas dengan baik menutup ruang bagi menghalang pintu gol mereka daripada dibolosi.

Pasukan tuan rumah mempamerkan aksi bertenaga dan memaksa pasukan lawan lebih banyak bertahan pada suku pertama.

Pasukan Great Britain bangkit pada suku kedua, namun pasukan negara lebih bijak menghidu peluang gol, bagaimanapun gerakan yang dihasilkan tidak berjaya disudahkan Che Nur Aqilrullah Che Mohd. Khairulzi Anuar.

Gol yang diburu pasukan remaja kebangsaan hadir pada pada suku ketiga perlawanan menerusi pukulan sudut penalti dengan Muhammad Nabil Irfan Mohd. Yusof meletakkan pasukan di hadapan.

Penjaga gol, Mohamad Rafaizul Mohamad Saini bertindak cemerlang menepis percubaan penyerang lawan bagi memastikan gawang tidak dibolosi.

Pada penghujung permainan, Mohamad Rafaizul sekali lagi bertindak cemerlang menafikan peluang Great Britain untuk menyamakan kedudukan.

Kelmarin, skuad remaja kebangsaan menewaskan New Zealand 2-1 dan akan bertemu New Zealand sekali lagi pada aksi pembukaan SOJC, Sabtu ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya