Skop SST secara progresif berkuat kuasa 1 Mei 2025

Skop SST secara progresif berkuat kuasa 1 Mei 2025

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Cukai Jualan dan Cukai Perkhidmatan (SST) akan dilaksanakan lebih progresif dan tidak membebankan rakyat awam bagi maksud menambah hasil serta meluaskan asas percukaian.

 

Ini bermakna cukai jualan tidak akan dikenakan ke atas barangan makanan asas yang digunakan oleh rakyat. 

 

Sebaliknya, cukai jualan akan dikenakan ke atas barangan bukan keperluan asas seperti barang premium yang diimport seperti ikan salmon dan avocado.

 

Selain itu, Skop Cukai Perkhidmatan akan diperluas meliputi perkhidmatan komersial antaranya perniagaan seperti perkhidmatan kewangan berasaskan fi. 

 

Bagi memastikan kelangsungan perniagaan, kerajaan akan melaksanakan sesi libat urus dengan pihak berkepentingan serta industri berkaitan sebelum memuktamadkan skop perluasan dan kadar cukai yang dikenakan. 

 

Perluasan skop SST secara progresif akan dilaksanakan berkuat kuasa 1 Mei 2025. 

 

Sebahagian hasil akan dimanfaat untuk menambah baik bantuan tunai kepada rakyat terbanyak selain meningkatkan kualiti perkhidmatan pendidikan dan kesihatan.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN