Skim Step Up Financing tingkat kadar pemilikan rumah belia

Skim Step Up Financing tingkat kadar pemilikan rumah belia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Skim Step Up Financing diperkenalkan di bawah Syarikat Jaminan Kredit Perumahan Berhad (SJKP) dalam Belanjawan 2025 langkah positif untuk meningkatkan kadar pemilikan rumah golongan muda.

Profesor Kewangan dan Keusahawanan di Fakulti Keusahawanan dan Perniagaan Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Prof. Datuk Dr. Nik Maheran Nik Muhammad berkata, skim itu memberi ruang kewangan kepada pembeli rumah muda untuk menstabilkan kewangan mereka dalam jangka masa awal pemilikan rumah.

Bagaimanapun, menurut beliau, ia memerlukan kesedaran dan perancangan kewangan yang baik bagi mengelakkan kesukaran di kemudian hari.

“Dengan jaminan kerajaan, skim ini mengurangkan risiko kepada institusi kewangan dan membolehkan golongan yang mungkin mempunyai pendapatan tidak tetap atau rendah memperoleh pinjaman perumahan,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia.

Menurut Nik Maheran, walaupun bayaran rendah ditawarkan dalam lima tahun pertama, peminjam perlu bersedia untuk bayaran yang lebih tinggi selepas tempoh itu.
“Sekiranya pendapatan tidak meningkat, ini mungkin menjadi cabaran kewangan bagi sesetengah pembeli.

“Golongan muda yang meng­ambil pinjaman ini mungkin berisiko sekiranya mereka tidak mampu menangani peningkatan bayaran pada tahun-tahun berikutnya.

“Oleh itu, perancangan kewangan yang baik amat diperlukan,” katanya.
Sementara itu, Pensyarah Kanan, Fakulti Ekonomi dan Muamalat Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Umi Hamidaton Mohd. Soffian Lee berkata, skim ini salah satu alternatif bantuan untuk bantu kelompok masyarakat tertentu memiliki rumah sendiri.

“Ini termasuk bagi mereka yang sukar mendapatkan pinjaman rumah contohnya yang tiada slip gaji, bekerja sendiri untuk mendapatkan pinjaman perumahan.

“Justeru, peluang ini perlu direbut dan dimanfaatkan tambahan lagi bagi mereka yang belum memiliki rumah,” katanya.

Dalam Belanjawan 2025, kerajaan Skim Step Up Financing diperkenalkan di bawah Syarikat Jaminan Kredit Perumahan Berhad (SJKP) sebagai jaminan kerajaan sehingga RM5 bilion khusus untuk golongan muda yang ingin memiliki rumah pertama.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN