Skandal lombong pasir: SPRM teliti 20 projek pembangunan kerajaan Selangor - Utusan Malaysia

Skandal lombong pasir: SPRM teliti 20 projek pembangunan kerajaan Selangor

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki menghadiri Persidangan Meja Bulat bersama bank-bank komersial di Hotel Pacific Regency hari ini. / M.FIRDAUS M.JOHARI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kini meneliti 20 projek pembangunan membabitkan Kerajaan Negeri Selangor yang dipercayai wujud pembayaran rasuah membabitkan kes Menteri Besar Selangor Pemerbadanan (MBI).

Bagaimanapun, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki enggan mendedahkan nama projek berkenaan dan memaklumkan ia tidak mempunyai kaitan dengan pentadbiran negeri itu sekarang.

Katanya, SPRM juga sedang melihat kepada lima syarikat yang dikatakan mempunyai saham membabitkan beberapa individu, termasuk ahli politik yang dikaitkan dengan kes itu.

“Kita sedang meneliti lima syarikat terbabit kerana dikatakan ada saham disimpan dalam syarikat terbabit melibatkan beberapa individu ditahan serta ahli politik terbabit.

“Kita juga akan melihat 20 projek kerajaan negeri yang kita dapat maklumat dikatakan ada pembayaran rasuah namun saya tidak boleh namakan projek-projek tersebut,” katanya kepada pemberita selepas Persidangan Meja Bulat KP SPRM bersama Bank-bank Komersial di Hotel Pacific Regency di sini hari ini.

Mengulas lanjut berhubung perkembangan siasatan kes MBI, pihaknya setakat ini belum lagi memanggil ahli politik berpengaruh dikaitkan kerana ia bergantung kepada siasatan dijalankan pegawai penyiasat dalam mengumpul keterangan dan dokumen berkaitan.

Jelasnya, beliau sendiri menasihatkan pegawai penyiasat untuk melengkapkan dan mengukuhkan keterangan sebelum memanggil ahli politik tersebut bagi diambil keterangan.

“Biar mereka (pegawai penyiasat) selesaikan untuk mengumpulkan keterangan dan sebagainya, saya serahkan kepada mereka sekiranya hendak panggil siapa-siapa jua, tidak kira ahli politik dan sebagainya untuk ditemu duga dan menjawab soalan-soalan kami.

“Kalau kita hendak panggil seseorang yang penting dalam hal ini, kita perlu dapatkan keterangan yang menyeluruh dulu. Jangan panggil berpuluh-puluh kali ramai orang muak dengan kami (SPRM),” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya