SFZ Forest City berpotensi jadi hab Pejabat Keluarga Tunggal antarabangsa - Utusan Malaysia

SFZ Forest City berpotensi jadi hab Pejabat Keluarga Tunggal antarabangsa

CHEE PEI PEI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ISKANDAR PUTERI: Pakej Insentif Cukai Zon Kewangan Khas Forest City (FCSFZ) yang diumumkan kerajaan baru-baru ini bakal menjadikan lokasi itu sebagai hab Pejabat Keluarga Tunggal.

Ketua Deloitte Private Malaysia, Chee Pei Pei berkata, hal itu kerana kos bagi menubuhkan Pejabat Keluarga Tunggal di FCSFZ lebih rendah berbanding di Singapura atau negara Asia lain.

Menurutnya, aspek itu akan menjadi tarikan bagi golongan keluarga kaya menubuhkan Pejabat Keluarga mereka di kawasan tersebut, sekali gus membuat pelaburan di dalam negara.

“Forest City menjadi lokasi pertama di Malaysia yang menawarkan cukai 0 peratus bagi Pejabat Keluarga Tunggal. Selain itu, kadar cukai khas sebanyak lima peratus untuk perkhidmatan perniagaan kewangan global, teknologi kewangan (fintech) dan pengendali sistem pembayaran asing serta cukai pendapatan yang dikurangkan sebanyak 15 peratus untuk golongan profesional mahir.

“Ditambah dengan pelaksanaan kawasan pulau bebas cukai di FCSFZ, ini akan menjadi kelebihan unik buat Forest City sebagai katalis bagi pembangunan ekonomi selatan Semenanjung Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ni.

Tambah Pei Pei, hab Pejabat Keluarga Tunggal yang hendak dicapai di Forest City bukan bertujuan bersaing dengan perkhidmatan disediakan di negara Asia lain termasuk Singapura, sebaliknya menawarkan perkhidmatan kepada permintaan pasaran khusus yang berbeza.

“Kerajaan Malaysia telah mengambil langkah berani dalam merealisasikan inisiatif Kerangka Ekonomi Madani, sekali gus menjadikan Johor sebagai hab kewangan global dan destinasi pelaburan pilihan,” katanya.

Sementara itu, Pengurus Besar Jenama, Jualan dan Pemasaran Country Garden Malaysia-Singapura, Fang Fang pula berkata, Forest City mempunyai infrastruktur mencukupi untuk menjayakan perkara tersebut.

“Kami mempunyai tiga daerah perniagaan, iaitu pusat kewangan dan hab pengangkutan, pusat perniagaan di kawasan komersial dan perniagaan di kawasan perumahan. Dengan pelbagai kemudahan infrastruktur tersedia serta insentif menggalakkan seperti pulau bebas cukai dan FCSFZ, Forest City bakal memberi pengalaman terbaik, terutamanya dalam sektor kewangan negara,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya