Setiap saat, 1,500 botol plastik dibuang seluruh dunia

Setiap saat, 1,500 botol plastik dibuang seluruh dunia

TUANKU Syed Faizuddin Putra Jamalullail melancarkan Projek Pembinaan arca ‘Sang Kerapu’ bersempena World Clean Up Day 2024 di Kampung Seberang Ramai, Perlis baru-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR: Dianggarkan sebanyak satu juta botol plastik dibeli setiap minit di seluruh dunia dan daripada jumlah itu, 1,500 unit akan dibuang setiap saat yang sekali gus bakal memberi ancaman baharu kepada dunia.

Pengarah Umpan Jaya Sdn. Bhd, Jaafar Sadeq Datuk Mohd. Noordin berkata, situasi tersebut memberi ancaman baharu kepada dunia yang perlu diberikan perhatian termasuk di Malaysia.

Kata beliau, berdasarkan kajian komposisi sisa yang dijalankan pihaknya di Perlis, sebanyak 35 tan metrik sisa plastik dilupuskan setiap hari di Tapak Pelupusan Sisa Pepejal (TPS) Rimba Mas, Padang Besar.

“Sebenarnya, sisa dalam jumlah yang tinggi ini perlu dielak daripada dilupuskan dan dibiarkan berakhir di tapak pelupusan. Hal demikian kerana, sisa plastik ini akan mengambil masa di antara 500 ke 1,000 tahun untuk reput sepenuhnya,” katanya.

Beliau menyampaikan perkara tersebut kepada Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail pada majlis pelancaran Projek Pembinaan arca ‘Sang Kerapu’ di Kampung Seberang Ramai bersempena World Clean Up Day 2024, baru-baru ini.

Keberangkatan tiba baginda disambut oleh Ketua Setiausaha Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Wira Nor Azman Talib dan Pengerusi Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp), Hee Loy Sian.

Tambah Mohd. Noordin, arca khas itu telah direka bentuk untuk menerima buangan kitar semula dari jenis botol plastik Polyethylene Terephthalate (PET) dan mampu menampung kapasiti sebanyak 6,500 botol plastik dengan anggaran jumlah berat sehingga 325 kilogram.

Katanya, Ia juga seiring dengan simbolik sifar ‘Sang Kerapu’ iaitu pemangsa yang mampu menelan botol plastik dalam kapasiti banyak, sesuai dengan saiznya yang besar.

Ujar beliau, pembinaan arca untuk aktiviti kitar semula ini bermula dengan hasil cetusan idea Raja Muda Perlis sendiri bagi mewujudkan sebuah Sculpture multi-fungsi di mana asas binaan ini selain direka untuk aktiviti semua komuniti setempat, ianya juga dapat membantu mempromosikan kempen kitar semula.

“Ia sekali gus turut menggalakkan penyertaan masyarakat di dalam aktiviti penjagaan alam sekitar,” katanya.

Pihak SWCorp Perlis juga telah menjalinkan kerjasama dengan syarikat Umpan Jaya itu serta berkolaborasi dengan Kolej Vokasional Kangar bagi merealisasikan cetusan idea pembinaan arca berkenaan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya