Setiap balai bomba di Melaka terima seunit chainsaw

Setiap balai bomba di Melaka terima seunit chainsaw

AB. RAUF Yusoh melakukan lawatan kerja di BBP Masjid Tanah, Alor Gajah, Melaka.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR GAJAH: Jabatan Ketua Menteri Melaka (JKMM) menyumbangkan seunit gergaji rantai atau chainsaw kepada semua balai bomba dan penyelamat (BBP) di negeri ini.

Ketua Menteri, Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh berkata, ia diharap dapat melancarkan gerak kerja menyelamat terutamanya menjelang Monsun Timur Laut yang dijangka bermula awal bulan depan.

Ujarnya, kerajaan negeri sentiasa menghargai jasa dan pengorbanan warga Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) ketika berdepan bencana seperti banjir, kebakaran serta kemalangan jalan raya.

“Disebabkan ketibaan Monsun Timur Laut, selain ketidaktentuan cuaca sejak akhir-akhir ini, saya mengumumkan setiap balai bomba di Melaka akan menerima sumbangan berupa seunit chainsaw.

“Peralatan ini amat penting dalam menyelesaikan insiden atau bencana yang berlaku seperti kejadian pokok tumbang dan sebagainya, jadi kita berharap bantuan ini dapat melancarkan tugas abang-abang bomba untuk berkhidmat kepada masyarakat,” katanya dalam sidang akhbar sempena lawatan kerja di BBP Masjid Tanah di sini, hari ini.

Turut hadir Pengarah JBPM Melaka, Penolong Pesuruhjaya Bomba Mohd. Pisar Aziz.

Dalam ucapannya, Ab. Rauf berkata, aspek latihan dan pendidikan keselamatan awam perlu diberikan perhatian oleh masyarakat agar mereka sentiasa bersedia menghadapi sebarang situasi kecemasan dengan prosedur operasi standard (SOP) yang betul.

Jelasnya, JBPM Melaka diharap dapat berkolaborasi dengan agensi-agensi bagi meningkatkan kesedaran dan pencegahan bencana kepada orang ramai.

“Sejujurnya, saya amat memuji kredibiliti anggota bomba yang sentiasa mempraktikkan elemen kepantasan bertindak, di mana mereka inilah yang akan tiba dahulu di tempat kejadian apabila menerima sebarang panggilan kecemasan oleh masyarakat yang ditimpa musibah,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya