Seorang maut, Israel serang van Hezbollah

Seorang maut, Israel serang van Hezbollah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BEIRUT: Israel menyasarkan serangan terhadap van milik Hezbollah yang membawa peluru berhampiran Beirut, menyebabkan pemandunya terbunuh.

Kejadian yang berlaku semalam didedahkan oleh seorang pegawai keselamatan Lubnan yang meminta namanya dirahsiakan kepada AFP.

“Sebuah van milik Hezbollah menjadi sasaran serangan Israel di jalan Kahhale dan pemandunya terbunuh,” kata pegawai itu.

Wartawan AFP mendakwa melihat sebuah kenderaan terbakar dan memaklumkan jalan Kahhale, yang menghubungkan Beirut dan Damsyik, disekat di kedua-dua arah.

Agensi Berita Nasional (NNA) Lubn Israel menyasarkan serangan terhadap van milik Hezbollah yang membawa peluru berhampiran Beirut, menyebabkan pemandunya terbunuh.an sebelum ini melaporkan serangan dron musuh terhadap sebuah kenderaan.

Selain itu, serangan Israel terhadap sebuah kenderaan pacuan empat roda di Qmatiyeh, sebuah kampung di daerah Aley, membunuh dua yang lain, menurut pegawai keselamatan.

Minggu lepas, NNA melaporkan serangan Israel yang menyasarkan sebuah kereta di lebuh raya sama, turut membunuh dua orang.

Pada Ogos 2023, dua terbunuh dalam pertempuran antara anggota Hezbollah dan penduduk di bandar Kristian Kahhale, selepas sebuah lori yang membawa peluru untuk kumpulan itu terbalik di lebuh raya.

Perang Israel dengan Hezbollah kini meragut sekurang-kurangnya 1,754 nyawa di Lubnan sejak 23 September lalu, menurut AFP berdasarkan angka kementerian kesihatan, walaupun jumlah sebenar mungkin lebih tinggi akibat kekurangan data lengkap.– AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya