Senaman pound workout terbesar catat MBOR - Utusan Malaysia

Senaman pound workout terbesar catat MBOR

ADAM Adli (dua dari kanan) merasmikan program Pound Fitness sempena Hari Sukan Negara 2024 di Putrajaya, Sabtu lalu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sebanyak 1,270 orang wanita berkumpul di Dataran Putrajaya baru-baru ini bagi mencatat rekod Malaysia Book of Records (MBOR) dalam acara sukan aktif senaman pound fitness.

Lebih menarik, senaman menggunakan kayu deram dengan gerakan seluruh badan itu memerlukan kekuatan fizikal peserta bergerak mengikut rentak muzik.

Catatan rekod tersebut dibuat bersempena Hari Sukan Negara (HSN) dengan kerjasama  Kementerian Belia dan Sukan; produk penjagaan rambut Safi Shayla; Mediarands Content Studios (MCS) dan POUNDwithHanis.

Program berkenaan dirasmikan oleh Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Adam Adli Abd. Halim bagi menggalakkan gaya hidup sihat dalam kalangan wanita terutama mereka yang berhijab.

Dalam ada itu, jurulatih Hanis Nor berkata, program seumpama itu berjaya membangkitkan semangat kesukanan dalam kalangan para peserta di negara ini.

“Dalam masa sama membuktikan kaum wanita boleh mengatasi sebarang cabaran dan menyerlah dengan penuh keyakinan walaupun berhijab. Sebagai jurulatih yang berhijab, saya memahami  cabaran untuk kekal aktif di Malaysia yang bercuaca panas dan lembap dengan memakai hijab.

“Justeru, kita mahu terus menggalakkan golongan seperti ini kekal cergas walau di mana jua,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya