Sembilan disaman kerana beri burung merpati makan - Utusan Malaysia

Sembilan disaman kerana beri burung merpati makan

MBPP turut memperkenalkan inovasi penangkapan burung merpati menggunakan sangkar dengan alat kawalan jauh di Pulau Pinang
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGE TOWN : Sembilan individu diberi Notis Tawaran Kompaun (NTK) oleh pihak berkuasa Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) kerana dengan sengaja memberi makan kepada burung merpati.

Tindakan penguatkuasaan itu dibuat mengikut Seksyen 47(1), Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 dan UUK 2 : Undang-Undang Kecil Kebersihan Keselamatan Awam MPPP 1980.

Jurucakap MBPP berkata, sabit kesalahan, mereka yang didapati bersalah membuang sisa makanan itu boleh dikompaun sebanyak RM250 selain tindakan mahkamah juga boleh diambil terhadap pesalah yang tegar dan masih ingkar.

“Ketika ini, MBPP juga telah memasang papan tanda pemberitahuan kepada orang awam tentang ‘Larangan Memberi Makan Kepada Burung Merpati’ ini.

“Pada masa yang sama, pasukan penguatkuasaan anti ‘litter’ MBSP juga akan sentiasa memantau kegiatan memberi makan kepada burung merpati menerusi kaedah pemerhatian kamera litar tertutup (CCTV) dan operasi di lapangan.

“Secara amnya, najis burung merpati berbahaya kepada kesihatan manusia. Oleh itu, kawasan persekitaran seperti taman dan tempat yang menjadi tumpuan orang awam beriadah bersama keluarga tidak seharusnya dicemari dengan najis burung merpati,” katanya di sini, hari ini.

Dalam pada itu, beliau berkata, sebanyak 6,930 burung merpati ditangkap untuk tempoh 10 bulan pertama tahun ini di sekitar bandar ini mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

Jelasnya, selain daripada teknik penangkapan burung merpati menggunakan jala oleh pasukan Jabatan Kesihatan Persekitaran, Jabatan Penguatkuasaan MBPP turut memperkenalkan inovasi penangkapan burung merpati menggunakan sangkar dengan alat kawalan jauh.

“Pelaksanaan pemasangan perangkap sangkar ini akan dilaksanakan secara berperingkat sehingga mencapai tahap kecekapan yang disasarkan,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya