Semakan hukuman mati Azilah didengar pagi ini

Semakan hukuman mati Azilah didengar pagi ini

DUA bekas anggota polis, Sirul Azhar Umar (kiri) dan Azilah Hadri disabitkan atas kesalahan membunuh Altantuya Shaariibuu oleh Mahkamah Tinggi pada 2009. Mereka dijatuhi hukuman mati pada 2015.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kira-kira pukul 9.30 pagi nanti, Mahkamah Persekutuan akan mendengar permohonan semakan hukuman bekasanggota Unit Tindakan Khas (UTK), Cif Inspektor Azilah Hadri; lelaki yang disabitkan dengan kesalahan membunuh wanita Mongolia, Altantuya Shariibuu.

Permohonan tersebut difailkan pada tahun lalu selepas penguatkuasaan Akta Pemansuhan Hukuman Mati Mandatori 2023 pada 4 Julai 2023.

Di bawah undang-undang baharu itu, hakim mempunyai kuasa budi bicara untuk mengekalkan hukuman mati yang telah dijatuhkn terhadap tertuduh atau memindanya kepada hukuman penjara di antara 30 hingga 40 tahun.

Untuk rekod, Azilah telah berada dalam reman sejak 2006 sejak siasatan pembunuhan Altantuya bermula.

Dia bagaimanapun sempat mengecap kebebasan selama dua tahun selepas Mahkamah Rayuan membenarkan rayuannya dan seorang lagi anggota UTK, Koperal Sirul Azhar Umar pada 23 Ogos 2013.

Sirul masih berada di Australia selepas dibebaskan dari Pusat Tahanan Imigresen Villawood di Sydney atas kesalahan berada di negara itu melebihi tempoh masa yang ditetapkan.

Dia ke negara kanggaru itu dua bulan selepas dilepaskan dan dibebaskan oleh mahkamah bagi melawat anak lelakinya.

Azilah dan Sirul Azhar dituduh membunuh Altantuya, 28, di antara Lot 12843 dan Lot 16735 Mukim Bukit Raja dekat sini antara pukul 10 malam, 19 Oktober dan 1 pagi, 20 Oktober 2006.

Pengarah eksekutif Malaysian Bekas Strategic Research Centre, Abdul Razak Abdullah Baginda yang sebelum ini dituduh bersubahat dengan mereka telah dilepaskan dan dibebaskan pada 31 Oktober 2008 tanpa dipanggil membela diri setelah pihak pendakwaan gagal membuktikan ada kes prima kes terhadapnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN