MONTREAL: Sebuah sekolah Yahudi di Toronto, Kanada sekali lagi menjadi sasaran tembakan semalam, sekaligus merekodkan insiden kedua dalam tahun ini. Kejadian berlaku ketika serangan anti-Semitik semakin meningkat sejak permulaan perang Israel terhadap Gaza, lapor AFP. Menurut pihak berkuasa, tiada kecederaan dilaporkan selepas tembakan dilepaskan dari sebuah kenderaan sekitar pukul 4 pagi (waktu tempatan) di sekolah perempuan Bais Chaya Mushka, namun kerosakan pada tingkap dilaporkan. Sekolah di kawasan North York di Toronto menjadi sasaran dalam kejadian sama pada Mei, dan polis percaya kedua-dua insiden ini berkaitan. Perdana Menteri Kanada, Justin Trudeau…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya