Segera pembinaan benteng banjir di sempadan Malaysia-Thailand  elak penyeludupan-PGA

Segera pembinaan benteng banjir di sempadan Malaysia-Thailand  elak penyeludupan-PGA

NIK Ros Azhan Nik Ab. Hamid semasa menyampaikan ucapan pada  Majlis Hi-Tea dan Sesi Penyampaian Surat Penghargaan kepada agensi serta media di Kelantan yang diadakan di Pejabat Kompeni D, Pengkalan Kubor, Tumpat, Kelantan hari ini-UTUSAN/KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TUMPAT: Briged Tenggara Pasukan Gerakan Am (PGA) berharap pembinaan benteng banjir di sempadan Malaysia-Thailand dapat disegarakan dalam membantu pihaknya membanteras aktiviti penyeludupan.

Komandernya Datuk Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab. Hamid berkata, pembinaan melibatkan jarak 26 kilometer itu bermula dari Pengkalan Kubor sehingga ke Pos Kawalan PGA di Pak Teh Kana, Jeram Perdah, Rantau Panjang.

“Sebelum ini pandangan kita agak terhad kerana kawasan sempadan terlindung dengan hutan.

“Insya-Allah, bila siap, kami dapat melakukan pemantauan secara menyeluruh dan rondaan sebaik mungkin di sepanjang sempadan Malaysia-Thailand di negeri ini menerusi Op Taring Wawasan Kelantan,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Hi-Tea dan Sesi Penyampaian Surat Penghargaan kepada agensi serta media di Kelantan yang diadakan di Pejabat Kompeni D, Pengkalan Kubor di sini hari ini.

Mengulas mengenai persediaan menghadapi Monsun Timur Laut (MTL) yang boleh menyebabkan berlakunya banjir di negeri ini, Nik Ros Azhan seluruh anggota PGA sudah bersiap sedia.

Katanya, latihan berkait dengan pengendalian aset pasukan seperti bot dan jentera berat sudah diberikan sebaik mungkin kepada anggota bagi memastikan mereka bersedia sejurus bencana berlaku.

“Selain melaksanakan penugasan rutin, PGA akan membantu Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) untuk tugasan menyelamat mangsa banjir,” ujarnya.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya