Satelit iS-33E buatan Boeing pecah di angkasa

Satelit iS-33E buatan Boeing pecah di angkasa

PAPAN tanda mogok diletak di luar kilang Boeing di Renton, Washington di AS.-AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

FLORIDA: Satelit komunikasi yang direka dan dibina oleh gergasi aeroangkasa, Boeing dilaporkan pecah di orbit.

Pengendali satelit itu, Intelsat mengesahkan satelit iS-33e mengalami kerosakan total, yang memberi kesan kepada pelanggan di Eropah, Afrika dan sebahagian wilayah Asia-Pasifik.

Intelsat berkata, ia mengambil langkah untuk melengkapkan analisis menyeluruh mengenai insiden tersebut.

“Kami sedang menyelaraskan dengan pengeluar satelit, Boeing, dan agensi kerajaan untuk menganalisis data serta pemerhatian,” kata Intelsat.

Sementara itu, laman web penjejakan angkasa lepas Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat (AS), SpaceTrack, turut mengesahkan kejadian tersebut.

Satu amaran di platform tersebut memaklumkan, Angkatan Angkasa AS sedang menjejaji sekitar 20 kepingan berkaitan dengan satelit itu.

Setakat ini, Boeing tidak mengulas mengenai kejadian itu, yang merujuk BBC News kepada kenyataan Intelsat.

Boeing menghadapi krisis dalam pelbagai bidang, termasuk mogok pekerja pada perniagaan pesawat komersialnya dan isu teknikal kapal angkasa Starliner.- BBC

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya