Sanggup mengaku tidak waras elak dikompaun kerana merokok di kedai makan

Sanggup mengaku tidak waras elak dikompaun kerana merokok di kedai makan

ANGGOTA penguat kuasa Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan mengeluarkan kompaun ke atas seorang lelaki selepas merokok di sebuah kedai makan di Operasi Mega Bersepadu di Pengkalan Chepa, Kelantan hari ini-UTUSAN/ROSLIZA MOHAMED.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Seorang lelaki sanggup mengaku tidak waras semata-mata bagi menggelakan dia dikenakan kompaun Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK) selepas merokok di sebuah kedai makan di Pengkalan Chepa di sini, hari ini.

Dalam serbuan pukul 11.45 pagi itu, individu berkenaan enggan memberikan kerjasama kepada anggota penguat kuasa yang menjalankan operasi tersebut.

Bagaimanapun, lelaki itu akhirnya menyerahkan dokumen pengenalan diri selepas dipujuk oleh anggota penguat kuasa bertugas dan seterusnya dikenakan kompaun sebanyak RM250 dibawah Peraturan-Peraturan Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam (Notis Di bawah  Seksyen 47) 2024.

Semasa operasi itu, sekumpulan lelaki yang berada di sebuah kedai makan termasuk salah seorang daripada mereka bertindak pantas menyorokan rokok di bawah tapak selipar yang dipakai bagi menggelakan perbuatan itu dikesan oleh anggota penguat kuasa.

Sementara itu, Pengarah JKNK, Datuk Dr. Zaini Hussin berkata, seramai 160 pegawai dan anggota penguat kuasa telah menyertai Operasi Mega Bersepadu bermula pukul 10 pagi.

Menurutnya, operasi itu bertujuan memberi nasihat atau advokasi kepada pengusaha premis supaya mematuhi Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 (Akta 852) yang berkuatkuasa Oktober lalu.

“Untuk hari ini operasi besar-besaran diadakan di seluruh negeri termasuk memberi penerangan berkaitan papan tanda larangan merokok yang baru dan diberi tempoh antara enam hingga 12 bulan.

“Jadi kita meminta kerjasama semua pengusaha premis termasuk kedai makan, dobi, serbaneka dan lain-lain supaya mematuhi akta baru tersebut bagi mengelak dikenakan tindakan undang-undang,” ujarnya.

Dr. Zaini membertahu, hasil penguatkuasaan Akta 852 oleh JKNK bermula 1 hingga 14 Oktober lalu, sebanyak 12 notis mengikut Seksyen 47 Akta 852 telah dikeluarkan.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya