Sampah haram Kampung Tuah Jaya undang penyakit

Sampah haram Kampung Tuah Jaya undang penyakit

SUHAIZAN KAYAT menunjukkan sampah yang dibuang di Kampung Tuah Jaya, Taman Perling.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Timbunan sampah yang dibuang secara haram di Kampung Tuah Jaya, Taman Perling berhampiran Sungai Danga, di sini menimbulkan rasa kurang senang penduduk kerana menimbulkan bau busuk.

Ahli Parlimen Pulai, Suhaizan Kayat berkata, kawasan tersebut dikesan dijadikan tempat pembuangan sampah haram oleh individu tak bertanggungjawab sejak tahun lalu dan situasi itu semakin serius kini.

“Saya telah menerima aduan daripada penduduk berhampiran berkaitan tapak pelupusan haram yang wujud di sekitar pinggir sungai dalam kawasan Parlimen ini.

“Tinjauan kami mendapati terdapat tong-tong RORO (tong sampah Roll-On, Roll-Off) yang digunakan untuk membawa sampah telah ditinggalkan di kawasan ini.

“Sampah yang dibuang di sini bukan sahaja sampah sisa pembinaan, malah juga sampah domestik sehingga meninggalkan kesan bau, pencemaran udara dan menyebabkan pembiakan nyamuk yang mampu mengundang penularan penyakit,” katanya.

Suhaizan berkata, pihaknya telah memaklumkan masalah itu kepada pihak SW Corp dan mendesak mereka mengambil tindakan tegas serta langkah yang efektif.

“Langkah tersebut bagi menghapuskan tapak pelupusan sampah haram di Parlimen Pulai,” katanya sambil meminta tindakan undang-undang perlu diambil terhadap pihak yang tidak bertanggungjawab sebagai pengajaran supaya isu sama tidak berulang.

Beliau juga menggesa Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) menutup segera tapak pelupusan itu kerana merupakan tanah rizab JPS.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya