NORTH CAROLINA: Salinan Perlembagaan Amerika Syarikat (AS) yang dicetak 237 tahun lalu dan dihantar kepada negeri-negeri untuk diratifikasi, dijual dengan harga AS$9 juta (RM38.7 juta) dalam satu lelongan di North Carolina, Khamis lalu. Brunk Auctions menjual dokumen itu, satu-satunya salinan yang dianggap milik persendirian, dalam lelongan tertutup. Namun, nama pembeli tidak segera diumumkan. Proses bidaan mengambil masa lebih tujuh minit, dengan setiap kali tawaran meningkat sebanyak AS$500,000 (RM2.1 juta), kebanyakannya melalui telefon. Terdapat jeda pada kadar AS$8.5 juta (RM36.5 juta), sebelum seorang individu membida AS$9 juta sebagai harga akhir. Lelongan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya