Saksi kemalangan di Lebuhraya Cheras-Kajang diminta bantu siasatan - Utusan Malaysia

Saksi kemalangan di Lebuhraya Cheras-Kajang diminta bantu siasatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA : Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kemalangan maut membabitkan seorang penunggang motosikal di Lebuhraya Cheras-Kajang pada 12 Oktober lalu diminta tampil membantu siasatan.

Dalam kejadian pada pukul 5.55 pagi itu menyebabkan seorang lelaki warga tempatan berusia 53 tahun maut.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner, Naazron Abdul Yusof berkata, siasatan awal mendapati mangsa yang menunggang motosikal terbabit kemalangan dengan lori yang mana nombor pendaftarannya tidak dapat dikenal pasti.

“Mangsa disahkan maut di lokasi kejadian,” katanya dalam kenyataan semalam.

Justeru itu, beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat atau rakaman kamera papan pemuka kemalangan terbabit agar menghubungi balai berhampiran atau pegawai penyiasat Inspektor, Narol Hisham Endi di talian 019-5897115.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya