Sabah tarik diri anjur bersama Sukan SEA 2027 - Utusan Malaysia

Sabah tarik diri anjur bersama Sukan SEA 2027

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Kerajaan Sabah membuat keputusan menarik diri daripada menjadi pengelola secara bersama Sukan SEA 2027.

Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh berkata, tindakan tersebut adalah kerana kerajaan negeri itu kekurangan kemudahan yang bersesuaian meskipun pada peringkat awal bersetuju dengan peruntukan sebanyak RM100,528,975 bagi pengelolaan secara bersama.

Susulan daripada itu, jelas menteri lagi, kementerian akan mengadakan perbincangan lanjut dengan pihak swasta dan korporat bagi mendapatkan penajaan dalam bentuk wang tunai serta barangan.

“Penganjuran bagi temasya Sukan SEA 2027 ini sebenarnya akan ditanggung secara bersama oleh kerajaan Persekutuan, kerajaan negeri dan badan korporat.

“Setakat ini komitmen daripada kerajaan negeri adalah sebanyak RM365 juta/ RM350 juta daripada kerajaan Sarawak dan RM15 juta daripada kerajaan Pulau Pinang,” katanya dalam jawapan lisan menjawab soalan Chow Kon Yeow (DAP-Batu Kawan), di Dewan Rakyat, hari ini.

Hannah berkata ketika ini, kementerian sedang dalam proses menubuhkan Jawatankuasa Pengelola dan Sekretariat Sukan SEA 2027 melalui perbincangan dengan Majlis Olimpik Malaysia, Majlis Paralimpik Malaysia, pelbagai kementerian berkaitan dan kerajaan negeri.

“Anggaran kos penganjuran Sukan SEA 2027 adalah sebanyak RM700 juta berbanding RM 608,741,085 bagi penganjuran Sukan SEA 2017 Kuala Lumpur.

“Justeru, pihak kementerian berpandangan Sukan SEA dan Sukan Para ASEAN 2027 boleh dianjurkan dengan menggunakan pendekatan yang lebih berhemah, minimalis dan berskala kecil.

“Kemudahan-kemudahan sedia ada sudah mencukupi untuk tujuan penganjuran dengan kos naik taraf yang lebih ekonomikal berbanding pembinaan tempat pertandingan yang baharu,” katanya.

Kerajaan pada 28 Ogos lalu telah meluluskan cadangan untuk Malaysia menjadi tuan rumah temasya Sukan SEA dan Sukan Para ASEAN 2027.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya