Russia penjarakan pakar IT kerana jadi pengintip AS

Russia penjarakan pakar IT kerana jadi pengintip AS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MOSCOW: Mahkamah Russia menjatuhkan hukuman penjara 13 tahun setengah terhadap seorang pakar IT atas tuduhan khianat kerana cuba menyalurkan rahsia kepada Agensi Perisikan Pusat Amerika Syarikat (CIA), menurut Perkhidmatan Keselamatan Persekutuan (FSB) hari ini.

Tertuduh, Firuz Dadoboev, mempunyai dua kewarganegaraan Russia dan Amerika, lapor media Russia.

FSB berkata, Dadoboev cuba menyampaikan rahsia negara yang diperoleh secara haram kepada wakil CIA.

Video yang diterbitkan oleh media Russia menunjukkan dia ditahan berhampiran hutan pada Oktober 2022.

“F.T Dadoboev, dengan maklumat yang diperoleh secara haram dan mengandungi rahsia negara, dipercayai bertindak dengan niat jenayah, berhasrat untuk menyerahkannya kepada wakil perisikan Amerika.

“Untuk tujuan ini, beliau menjalin hubungan dengan CIA,” kata FSB.

FSB turut menyatakan Dadoboev sudah mengaku bersalah, namun tiada maklumat lanjut mengenai jenis maklumat yang didakwa cuba diserahkan kepada CIA.- REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya