Rumah anak yatim Pkayia perlu RM15,000 sebulan

Rumah anak yatim Pkayia perlu RM15,000 sebulan

SITI Najihah Amney Noor (berdiri, dua dari kiri) bersama anak yatim dan staf Pkayia.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LIPIS: Rumah anak yatim Pertubuhan Kebajikan Anak-anak Yatim Islam Al Ihsan (Pkayia) di sini berharap lebih ramai pihak tampil memberikan sumbangan bagi menampung ke­perluan operasi pusat berkenaan yang memerlukan perbelanjaan sehingga RM15,000 sebulan.

Pengurus Pkayia, Siti Najihah Amney Noor berkata, pusat jagaan itu menempatkan 15 anak yatim berusia antara 10 hingga 17 tahun.

“Pihak kami memerlukan dana antara RM12,000 hingga RM15,000 sebulan bagi menampung kos operasi termasuk bil utiliti, wang saku pelajar, barangan keperluan sekolah seperti baju, buku, yuran, alat tulis, bayaran perubatan, penyelenggaraan van sekolah dan minyak petrol serta gaji staf seramai lima orang.

“Selain itu, kita turut mengharapkan sumbangan orang ramai yang boleh menyalurkan bantuan barangan keperluan asas seperti beras, gula, minyak masak, sabun mandi, ubat gigi, alat dan lain-lain,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini.

Siti Najihah berkata, sebelum ini Pkayia menerima banyak sumbangan namun selepas wabak Covid-19 melanda negara, nilai sumbangan yang diterima menyusut serta tidak cukup menampung keperluan bulanan pusat terbabit.

Menurutnya, usaha menjana pendapatan sendiri turut dilaksanakan Pkayia dengan menubuhkan koperasi yang dikenali sebagai KoPkaya serta turut membuka sebuah kedai runcit, KoPkaya Mart di Kampung Relong, Padang Tengku di sini.

“Kemudahan yang ada di asrama ini boleh dikatakan selesa tetapi setelah lebih 10 tahun beroperasi ia memerlukan penyelenggaraan dan penambahbaikkan dalam pelbagai aspek termasuk keselamatan, kesihatan serta keceriaan di asrama, dewan makan dan persekitaran.

“Kita juga merancang menaik taraf bangunan asrama termasuk bilik mandi, tandas, bilik membasuh, tempat ampaian, dapur dan dewan makan, membina tangki septik baharu, menambah baik meja, kerusi, sistem siaraya, skrin projektor, katil dua tingkat, tilam dan bantal,” ujarnya.

Sumbangan wang tunai boleh disalurkan ke akaun induk pengurusan Pkayia, 556114208650 (Maybank) dan sumbangan keperluan harian boleh dihantar ke pusat itu di alamat Nombor 55 dan Nombor 67A-B, Jalan Datuk Mahmud, Perumahan Kerajaan Lama Sungai Kerpan, Kuala Lipis. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya