LONDON: Sebuah syarikat di Norway membangunkan robot AV1 yang berfungsi menggantikan pelajar yang tidak hadir ke sekolah untuk menghadiri sesi pembelajaran di dalam kelas. Teknologi ini dicipta untuk membantu kanak-kanak yang tidak dapat menghadiri sesi persekolahan kerana mengalami penyakit kronik atau menghadapi masalah kesihatan mental. AV1 akan bertindak sebagai mata, telinga dan suara mereka serta membantu pelajar bermasalah untuk kekal berhubung dengan rakan sekelas. Robot ini kelihatan seperti versi ringkas kepala dan badan manusia. Ia boleh berputar 360 darjah dan dilengkapi dengan kamera, mikrofon serta pembesar suara. Guru perlu meletakkannya…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya