RM74 juta kerugian jenayah komersil di Pahang sehingga bulan lalu - Utusan Malaysia

RM74 juta kerugian jenayah komersil di Pahang sehingga bulan lalu

YAHAYA Othman (dua dari kiri) menyampaikan sijil penghargaan kepada anggota pada Perhimpunan Bulanan Bulan Oktober IPK Pahang di Kuantan, Pahang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Sebanyak RM74 juta kerugian dicatatkan dan 1,639 kertas siasatan dibuka melibatkan kes jenayah komersil di negeri ini dalam tempoh Januari sehingga September ini.

Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman berkata, jumlah itu lebih tinggi berbanding tahun lalu iaitu RM43 juta membabitkan 1,896 kertas siasatan dibuka dalam tempoh yang sama.

Beliau berkata, daripada jumlah tersebut juga, kes tipu secara dalam talian mencatatkan jumlah tertinggi iaitu 1,596 kertas siasatan dibuka melibatkan kerugian RM52 juta.

“Di dalam hal berkaitan, Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) selaku pemegang taruh dalam pembasmian aktiviti scam seharusnya mempertingkatkan lagi usaha dalam mengesan dan menuduh suspek kes penipuan khususnya bagi mengembalikan keyakinan orang ramai kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) selaku agensi teras untuk membanteras jenayah kolar putih,” katanya ketika berucap bersempena Perhimpunan Bulanan Bulan Oktober 2024 anjuran Jabatan Logistik dan Teknologi Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang di sini hari ini.

Dalam pada itu Yahaya berkata, berdasarkan statistik Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Pahang, keseluruhan İndeks jenayah bagi tempoh Januari hingga September tahun ini berjumlah 1,598 kes.

“Terdapat peningkatan 145 kes berbanding tempoh yang sama bagi tahun lalu iaitu sebanyak 1453 kes jenayah bersamaan 9.9 peratus.

“Daripada jumlah itu, jenayah kekerasan mencatatkan penurunan 27 kes dari tahun sebelumnya manakala jenayah harta benda menunjukkan peningkatan sebanyak 172 kes berbanding tahun sebelumnya,” ujarnya.

Beliau turut menyeru supaya semua elemen dalam Kontinjen Pahang agar terus memainkan peranan dan meningkatkan lagi usaha bagi memastikan petunjuk prestasi utama (KPI) yang ditetapkan berada di tahap yang cemerlang. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN