RM16.7 juta tingkatkan kelajuan internet di Politeknik, Kolej Komuniti

RM16.7 juta tingkatkan kelajuan internet di Politeknik, Kolej Komuniti

ABDUL Razak Sabtu (tiga kiri) semasa menghadiri Majlis Konvokesyen Politeknik Jeli Kali Ke-10 di Jeli, Kelantan hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JELI: Kerajaan memperuntukkan sebanyak RM16.7 juta bagi kerja-kerja menaik taraf kelajuan internet di semua 36 buah Politeknik dan 106 Kolej Komuniti di seluruh negara menerusi pendigitalan. 

Pengarah Kanan (Kompetensi) Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti Abdul Razak Sabtu, berkata, projek yang dijangka siap pada hujung tahun itu bakal memberi manfaat kepada pelajar sekali gus memperkasakan teknologi pendidik menerusi Pengajaran dan Pembelajaran secara hybrid melalui Virtual lab, Augmented Reality (AR) dan Mixed Reality (MR).

“Selain itu, buat julung kalinya pada tahun ini kita menerima peruntukan sebanyak RM50 juta  di bawah Projek Baik Pulih Fasiliti Usang.

“Dengan adanya peruntukan ini secara tidak langsung ia akan menjadikan suasana pembelajaran di Politeknik dan Kolej Komuniti lebih kondusif,” katanya semasa berucap pada Majlis Konvokesyen Politeknik Jeli Kali Ke-10 di sini hari ini.

Dalam perkembangan lain, Abdul Razak memberitahu, kadar kebolehpasaran graduan politeknik dan kolej komuniti pada tahun 2023 lalu merekodkan pencapain tertinggi dalam sejarah iaitu melebihi 97 peratus.

Katanya, dalam menghasilkan graduan yang relevan dengan keperluan industri serta negara, Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti telah mengutamakan inisiatif Academia-Industry Collaboration secara bersinergi antara kedua-dua pihak. 

“Alhamdulillah, kita telah mendapat kepercayaan hampir 19,000 industri antaranya PKT Logistic, Maybank, Bank Rakyat, Petronas, Telekom Malaysia (TM), Samsung Malaysia Electronics dan banyak lagi.

“Kesemua pemain indsutri ini memberikan sokongan penuh sama ada dalam bentuk sumbangan, perkongsian idea, pandangan, kepakaran dan lain-lain kepada Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti,” ujarnya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya